About me

Di lahirkan di Jerantut, Pahang pada 26 April 1985, memegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di Universiti Utara Malaysia, anak ke 8 dari 10 adik beradik. sekarang bekerja di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan sebagai Pembantu Ehwal Ekonomi.

Telah diijabkabulkan dengan Siti Farhana Binti Ahmad Dahlan pada  6 Februari 2010 yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor dan telah mempunyai seorang anak perempuan iaitu Nur Umairah Shakirah dilahirkan pada 22 Dec 2010.

Terlibat dengan aktiviti pelaburan dengan tidak sengaja kerana disebabkan taraf kehidupan yang tinggi dikota Kuala Lumpur. Mencuba pelbagai cara untuk menambah pendapatan termasuk menjadi agen jualan emas, dan agen jualan insuran. Masih mencuba dan terus memcuba sehingga menemui jalan yang sebenar. Matlamat setiap aktiviti samaada pelaburan, perniagaan mestilah menjauhi unsur-unsur riba atau haram. Misi ialah setiap pendapatan atau sumber yang diperolehi mestilah mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

Disamping itu juga, ingin berjaya dalam kehidupan dan menjadi orang kaya yang pemurah, bertaqwa, dan soleh. Supaya dapat memberi zakat dan sedekah untuk membantu orang yang tidak berkemampuan kerana setiap bahagian yang kita perolehi, terdapat bahagian untuk orang lain.