Saturday, November 19, 2011

Projek 2012

assalamualaikum.....


rasanya agak lama aku tidak update blog nie, kerana buat masa ini aku sibuk mencari maklumat mengenai tanaman secara fertigasi. untuk makluman umum Penanaman kaedah Fertigasi merupakan pertanian moden yang boleh menjanakan keuntungan kepada usahawan. kaedah tanaman ini adalah yang terbaik dan berdaya maju. Pengurusan yang cekap merupakan aspek paling penting dalam menjamin kejayaan pengeluaran tanaman secara fertigasi. Bakal pengusaha atau usahawan mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup sebelum memulakan langkah menanam secara fertigasi.


Kaedah fertigasi ini lebih kepada mengunakan teknologi dimana pokok akan ditanam mengunakan sistem polibeg yang dimasukkan cocopeat iaitu sejenis sabut untuk mengantikan tanah. kemudian tanaman akan disalurkan air campuran baja khas kedalam polibeg mengikut sukatan tertentu secara automatik melalui saluran paip yang telah dibuat.


Terdapat pelbagai tanaman yang boleh diusahakan dengan kaedah fertigasi tetapi aku hanya memfokuskan kepada tanaman cili kulai dan rock melon sahaja kerana ia mempunyai permintaan yang tinggi dan harganya yang agak stabil.

sekarang ini aku tengah mencari seberapa banyak ilmu mengenai tanaman ini dan akan membuat percubaan dahulu sebelum betul2 terlibat untuk dikomesialkan, jadi tidak banyak yang aku boleh dikongsikan kerana aku pun masih belajar.


Di sini aku ingin kongsikan antara kelebihan Sistem Fertigasi:


- Nutrien lengkap dikawal ikut pertumbuhan pokok

- Menjamin kebersihan dan menghindar penyakit
- Mengatasi masalah bawaan tanah

- Kualiti hasil yang lebih baik dan cantik

- Penggunaan baja yang cekap dan jimat

- Mengurangkan penggunaan racun

- Modal pusingan yang rendah

- Meningkatkan hasil pengeluaran

- Masalah merumpai sangat rendah


jom layan gambar dahulu


No comments:

Post a Comment