Tuesday, October 25, 2011

saja-saja citer pasal tanah

sebenarnya aku nak cerita sikit pasal aktiviti pelaburan yang aku lakukan buat masa ini, tetapi x pastilah ia boleh diketogerikan sebagai pelaburan atau tidak. cerita macam nie, seingat aku masa aku masih sekolah dulu, bapa aku pernah meneroka tanah-tanah hutan bekas peninggalan balak, mungkin dulu agak jauh dari kampung aku, tetapi kawasan itu memang menjadi tumpuan orang kampung sbb terdapat air terjun, tetapi amat bebahaya kerana terdapat binatang buas. tetapi pada masa itu belia-belia kampung seusia ayah aku telah sama2 meneroka tanah hutan itu, tetapi ada yang teruskan usaha, dan ada pula yang berhenti sekerat jalan,


yang telah mengusahakan tanah itu sekarang telah menampakkan hasil, kawasan itu juga berhampiran dengan kawasan pertanian. dijadikan cerita pada awal tahun aritu masing-masing belia kampung seusia abang aku telah meneroka kembali tanah tersebut, abang aku telah mengambil kembali tanah yang ayah aku usahakan dahulu dalam lingkungan 3 ekar dan merupakan tanah yang rata, dan aku telah terlibat sama di mana aku dan abang aku sama-sama mengeluarkan modal untuk membersihkan kawasan hutan yang berhampiran dengan tanah tersebut.


menurut abang aku kawasan yang kami bersihkan itu dalam 3 ekar lagi, campur dengan tanah yang sedia ada dalam 3 ekar semuanya dalam 6 ekar. aku telah mengeluarkan modal permulaan sebanyak rm 6000 untuk proses pembersihan, penanaman dan lain-lain. kerja itu aku serahkan kepada abang aku sbb dia dok kampung senang ckit. alhamdullilah sekarang dah siap tanam. itu je yang kami dapat kerana kawasan lain telah terlebih awal diambil oleh pihak lain kami hanya dapat dalam 6 ekar je, aku tgk orang lain sampai puluh- puluh ekar, tapi itu je rezeki yang kami dapat usahakan.


tak silap aku kami mula tanam dalam bulan 4 tahun nie la, bila aku fikirkan balik bagus jugak invest kat tanah nie kasi tanam sawit sbb aku tengok tanah bapa aku ada la dalam 8ekar semua tanam sawit dalam 15 tahun boleh memberi income setiap bulan more rm 5000. aku nie dah keje 5 tahun baru rm 1.5k je.


lepas aku mula cari tanah yang nak jual murah-murah, mula masuk lelong tanah tapi kalah, mula nak beli tanah owner nak jual seekar rm 28k di sebabkan masalah tertentu x jadi beli, x lama lepas tu abang aku call ada orang nak jual tanah kat kawasan tu jugak dalam 6 ekar harga rm 15k siap bersihkan, tapi sampai sekarang belum bersihkan lagi, ini merisaukan aku duit dah bagi rm 15k tapi abang aku tau mungkin minggu dia dah mula rasa lega ckit.


aku ada la pergi bersihkan tanah tu seperti dalam gambar yang aku postkan sebelum ini, dah ada pokok tapi x banyak la, aku pun fikir nak tanam yang lain je. lepas tu abang aku call nak beli lagi dalam 2 ekar tanah tu betul2 sebelah tanah aku yang 6ekar tu owner nak pakai duit, nak buat macam mana nak tanah kena beli la walaupun tanah diaorang dapt tu free bagi aku kena berani la baru boleh berjaya. lepas tu kamibeli dalam rm2300, yang itu dah dibersihkan cuma sekarang nak beli anak pokok untuk proses penanaman, yang pasti 8 ekar tu telah menampakkan usaha sbb pokok2 sawit telah ditanam, cuma yang aku beli nak 6 ekar tu belum lagi, tanah tu agak jauh ckit la dlm 3km dari tanah kami yang first.


menurut abang aku tanah kami tu dah diukur dan dah upah buat pelan untuk memohon dari pejabat tanah mungkin tanah tol kot, aku pon belum faham lagi sebab semua diuruskan oleh abang aku.


terbaru mungkin minggu nie aku kena keluarkan lagi modal dalam rm 4k untuk membeli anak sawit dalam 450 pokok sekarang sepokok dlm rm 10.00 untuk nak tanam kat 2 ekar yang baru beli tu dengan 6 ekar yang x lama lagi nak dibersihkan, harap lepas nie di percepatkan. setakat nie modal aku keluarkan seperti berikut


beli tanah keluasan 6 ekar = rm 15000

beli tanah lagi dlm 2 ekar = rm 2000

kerja pembersihan = rm 6000

anak pokok sawit = rm 4000 ( belum bagi lagi)


jumlah rm 27000.00


tidak termasuk kos yang abang aku tambah sbb semua dia uruskan klu aku x la kot nak tanam, gali lubang, bakar pokok, kena panas rasa boleh pengsan sbb dah lama tinggal kerja kampung nie tambahan pula sekarang dok kerja dalam aircond je, bersenam pon tidak


harapan aku semoga usaha aku dan abang aku berjaya.


*pasal mana aku dapat duit tu nanti la aku citer kat post akan datang sebab aku ada lagi satu citer terbaru yang projek kami rancang keluasan dalam 50 ekar sekarang dalam proses permohonan kat pejabat tanah *
* maaflah klu korang pening klu baca ayat aku sbb aku nie x pandai nak susun ayat cantik-cantik, sbb aku tulis ikut suka aku je janji ada point yang aku nak sampaikan , maklum la baru nak belajar tulis blog hehehe*


salam









No comments:

Post a Comment