Thursday, October 6, 2011

Pelaburan masa hadapan

ini lah pelaburan terbaru yang aku ceburi, jika dahulu aku terlibat dalam pelaburan emas, sekarang aku telah pecahkan kepada 2 iaitu emas dan tanah. bagi aku kedua-duanya memberi pulangan kepada aku, tetapi dengan projek terbaru ini lebih memberi pendapatan kosisten pada keluarga aku setiap bulan.

tetapi hasilnya mungkin akan ku rasai pada 5 tahun akan datang. tanah ini merupakan tanah hutan yang kami terokai dengan meminta kelulusan dari pejabat tanah (TOL), sebenarnya segala urusan diuruskan oleh abang aku dari segi penanaman, pembersihan, pengukuran, aku hanya mengeluarkan modal, dan sekali-sekala apabila pulang ke kampung aku akan melawat dan melakukan kerja yang berpatutan.

maklum lah sekarang aku bekerja dijabatan kerajaan yang mana tidak mempunyai masa, dan jarak tmpt aku di kuala lumpur dan kampung di jerantut aak jauh, mungkin sebulan sekali akan aku peruntukan untuk balik kampung.

keluasan kesemuanya lebih kurang 18 ekar, ini adalah sebahagian yang telah kami selesaikan maksudnya hampir 60% peratus telah siap ditanam, cuma lebih kurang 40% lagi, masih dalam proses pembersihan.













No comments:

Post a Comment