Thursday, October 27, 2011

Cara kekayaan yang sebenar

assalamualaikum w.b.t

hari ini merupakan hari jumaat yang penuh bermakna dan banyak manfaat bagi sekalian manusia.... dalam beberapa hari lagi umat islam akan menyambut hari raya aidiladha.... sekarang kita lihat di radio, di tv, jutaan manusia telah mula berada di mekah untuk menunaikan rukun islam yang kelima..... mungkin setiap manusia mempunyai keinginan untuk menunaikan haji untuk memohon keampunan dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.....allah telah janjikan jika kita ikhlas untuk berjumpa denganya dan memohon keampunan darinya, syurga telah dijanjikan oleh mereka....

begitu aku, dan juga isteriku kami pun mempunyai keinginan untuk menghadap allah dan berada ditanah suci semoga allah merestui dan permudahkan kami sekeluarga untuk kesana.....isyaallah kami akan berusaha untuknya ya allah...

aku selalu berdoa agar kami sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki dan menjadi orang soleh didunia dan juga diakhirat. aku cuba untuk seimbangkan antara mengejar kekayaan didunia juga diakhirat, sekarang ini juga aku banyak membaca buku-buku yang memberi manfaat kepada aku sekeluarga, aku juga ingin memperbetulkan kesalahan yang aku lakukan selama ini. dan menjadi orang yang soleh dan menyintai agamamu ya allah. itu adalah harapan aku masa ini.

petikan daripada bacaan aku mengenai buku solusi, banyak memberi panduan aku dalam mengikut ajaran islam yang sebenarnya. antaranya ialah kelebihan solat tahajjud & solat witir pada malam hari, bangun dari tidurmu untuk menunaikan solat subuh berjemaah di masjid, berzikir kerana pada waktu itu para malaikat akan turun mencari hamba-hamba yang beribadat kepada allah. allah juga janjikan kepada hambanya iaitu akan dimurahkan rezeki untuk mereka dan jangan lah kamu tidur selepas itu bertebaran kamu dimuka bumi ini untuk mencari rezeki. di dalam itu juga ada memberi contoh kenapa orang buka islam lebih mudah untuk bangun awal pagi kerana mereka lebih mengetahui bahawa pada waktu pagi banyak manfaat yang mereka perolehi tetapi bagi orang islam adalah sebaliknya.

disini juga tidak dinafikan diri aku pun sendiri masih belum sempurna tetapi sejak hari itu aku berazam untuk bangun pagi mengikut panduan yang diberikan oleh allah, selain itu juga allah menjanjikan kelebihan orang solat sunat dhuha, solat berjemaah pada waktu magrib dan isyak. ini lah antara perkara yang aku perlu perbetulkan dalam kehidupan seharian ku sekeluarga. kerana aku percaya dengan janji-janji allah kepada umatnya.

semoga dengan sedikit panduan ini dapat memberi manfaat kepada aku sekeluarga dan juga pembaca-pembaca yang budiman.

salam

No comments:

Post a Comment