Tuesday, September 13, 2011

assalamualaikum w.b.t & selamat hari raya

rasanya masih belum terlambat bagi aku & keluarga mengucapkan selamat hari raya maaf zahir & batin kepada semua pembaca blog aku ine.

dah lama rasa aku x update cerita baru, tahun nie giliran beraya di kampung aku dulu dekat jerantut, pahang lepas tu pagi raya ketiga baru balik rumah mak mertua aku di sungai buloh.

menu raya tahun nie macam biasa ketupat, lemang & rendang tapi semua nya beli la dah x larat nak buat sendiri.

tahun agak meriah kerana aku dah beraya bertiga dengan puteri sulongku yang dah menjangkau 9 bulan, perkembangan terbaru anak aku nie dah pandai duduk seronok tgk gelagat dia tapi kena jaga betul2 la tambahan pula nie dah merangkak habis dia jelajah rumah, yang merisaukan pantang tgk sampah semua nak makan huhuhuh

tapi dalam jaga2 pon dah 2, 3 kali jatuh tapi yang paling teruk jatuh katil berdarah mulut nasib baik pecah bibir je risau jugak klu anak semakin membesar nie kadang2 kita terlalai dan terleka

bak aktiviti aku pula baru2 nie aku ada bid tanah di budu area benta lebih kurang 40 km dari kampung aku harga buka 50k tapi ingatkan x ramai masa register dkt 20 orang, ada yang dari kedah , johor kadang2 aku pon x faham buat apa diorang beli tanah jauh2 sapa lak nak usahakan ish ishhhh ishh

last2 kalah gak harga sampai mencecah 198k dapat kat orang kl katanya x de rezeki tanah tu lebih kurang 10ekar, terbaru aku ada berminat nak beli tanah kat area kampung aku x jauh dari rumah aku lebih kurang 15 km je.

tgk keadaan agak cantik x berapa jauh dari jalan utama x sampai 1 km, tanah dah di bersihkan, siap gan teres lagi sesuai la untuk tanaman sawit atau getah. harga owner nak jual dalam 27k seekar ada lebih kurang 8 ekar tapi aku nak beli dlm 4 ekar je kot, tak mampu la nak beli semua sbb loan banyak susah kebanyakan bank bagi 60-70% je pahtu dlm 10 tahun je gila la, masalah lagi nilaian tanah x tahu berapa

tapi apa-apa pun tgh tunggu keputusan dari owner dulu setuju ke tak sbb dia nak jual semua tapi aku nak beli 4 ekar je sbb geran dia asing2 2ekar satu geran ok la kan hehehe

plan aku nak tanam sawit je tu pon modal aku pon tak tahu berapa kena kuarkan sepokok sawit je dah dkt rm 14, upah org tanam lagi huhuhuhu kena kira2 betul2 nie.

yang projek dah jalan ada 6 ekar aku share gan abang aku 3 ekar seorang yang nie tanah kerajaan, projek nie semua dah settle cuma ada yang belum dibersihkan hutan lagi dalam 10 ekar nie yang abang aku sorang lagi......

apa yang aku perhatikan sekarang nie invest pada tanah lagi selamat tanam sawit ke, getah ke sbb 2 pokok nie x memerlukan pejagaan dan masa yang rapi sangat.

apa-apa pun nanti aku uploadkan gambar semasa lelongan, tanah yang aku nak beli, dan projek sawit yang telah aku jalankan

sekian wassalam

* pasal harga emas maintain je sejak raya lagi tapi dah ada keuntungan la ckit heheehe*