Monday, August 8, 2011

berita gembira..

bagi kakitangan kerajaan pengumuman bonus 1/2 bulan atau minimum rm 500.00 telah mengembirakan ramai kakitangan kerajaan, ada yang mengeluh dan ada jugak yang gembira tetapi bagi aku jika kita ingin lebih kena lah beriktiar mencari jalan dan hala tuju untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

bagi pegawai sokongan gred 17 kebawah mungkin mereka mengeluh tetapi itulah hakikat yang perlu ditempuhi. aku sendiri bermacam cara dan terus cuba mencuba walaupun aku tidak pernah berjaya tetapi usaha tetap perlu diteruskan walaupun aku mengalami kerugian. bagi aku hanya tuhan yang memberikan rezeki kepada seseorang. apa-apa pun sekurangnya dengan bantuan itu kita semua dapat meringankan beban yang dihadapi, jangan merengut atau mengeluh.

satu lagi berita yang agak mengembirakan ialah harga emas dunia telah menunjukkan peningkatan yang mendadak sejak seminggu ini, bagi penyimpan atau peniaga emas mereka amat menantikan kenaikan harga emas ini, begitu juga aku walaupun tidak seberapa.

menyimpan emas boleh dikatakan keajaiban tanpa kita sedari nilaian nya akan meningkat, bagi aku mungkin belum terlambat, begitu juga perasaan aku apabila aku terlibat dalam pelaburan emas pada tahun lepas, anggapan aku ketika itu agak mahal tetapi tahun ini lagi mahal. dan akan terus meningkat.

simpanan sedikit didalam bentuk emas dan sebahagian dalam bentuk wang kertas kerana banyak kelebihan yang tidak dapat kita ketahui dan jangkakan antara kelebihan emas atau wang kertas, kekurangan emas atau wang kertas.

itu antara 2 berita yang boleh dikategorikan gembira dan membuat seseorang tersenyum

salam

selamat berpuasa

No comments:

Post a Comment