Tuesday, August 9, 2011

wowww aku dah kaya !!!


salam bertemu kembali pada 10 ramadhan...

hari ini aku nak cerita serba sedikit mengenai emas, agaknya sudah lama aku tidak bercerita mengenai pelabarun emas ini. sejak seminggu ini harga emas telah menunjukkan peningkatan yang begitu ketara, bagi perniaga dan penyimpan hanya satu perkataan sahaja yang terkeluar riang pada masa ini ialah " aku dah kaya".

untuk pengetahuan semua aku telah setahun memceburi bidang pelaburan emas ini, jujur aku katakan ia adalah satu pelaburan yang menyeronokkan keuntungan berlipat kali ganda. aku masih mencari dan terus mencari ilmu mengenai pelaburan emas ini, walaupun kadang-kadang aku gusar dengan keadaan turun naik harga emas, tetapi hari ini membuktikan segalanya bahawa sangkaan aku meleset.

hari ini juga kita dengar di akbar, di tv, bahawa negara ekonomi dunia mengalami masalah hutang yang begitu banyak, saham-saham terkemuka mula menunjukkan penurunan dan kerugian kepada para pelabur-pelabur. tapi aku tidak begitu gusar kerana aku bukanlah seorang pelabur saham.

tidak dapat aku katakan apabila melihat kenaikan harga emas pada hari ini, tetapi aku percaya menyimpan emas dan melabur dalam emas adalah satu jalan yang terbaik buat masa ini, kerana terdapat banyak kelebihannya yang tidak dapat dinafikan lagi.

ayuh kawan-kawan semua, mari kita mulai menyimpan dan melabur dalam emas, bermulalah dengan mengikut kemampuan anda, tidak perlu bersikap tamak kerana kelak diri sendiri akan kerugian. tambah dan cari ilmu mengenai emas bagi mendapatkan lebih banyak maklumat untuk menambahkan keyakinan anda mengenai pelaburan emas.


perhatikan graf emas tersebut dan cuba fikirkan...................

emas keluaran public gold

BERAT HARGA BELI HARGA JUAL
10 gram RM 1,889.00 RM 1,738.00
20 gram RM 3,743.00 RM 3,518.00
50 gram RM 9,314.00 RM 8,802.00
100 gram RM 18,540.00 RM 17,613.00
250 gram RM 46,133.00 RM 44,057.00


Harga pasaran kijang emas pada 2010

Date 1 oz 1/2 oz 1/4 oz
Selling Buying Selling Buying Selling Buying
2010-08-02 3,963 3,807 2,019 1,904 1,028 952
3/8/2010 3,961 3,807 2,018 1,903 1,028 952
4/8/2010 3,989 3,834 2,032 1,917 1,035 959
5/8/2010 4,019 3,864 2,047 1,932 1,043 966
6/8/2010 3,999 3,844 2,037 1,922 1,037 961
9/8/2010 4,013 3,857 2,045 1,929 1,041 964
10/8/2010 4,013 3,855 2,044 1,928 1,041 964


harga pasaran kijang emas pada 2011

Date 1 oz 1/2 oz 1/4 oz
Selling Buying Selling Buying Selling Buying
1/8/2011 5,070 4,872 2,583 2,436 1,315 1,218
2/8/2011 5,069 4,874 2,582 2,437 1,315 1,218
3/8/2011 5,228 5,023 2,663 2,511 1,356 1,256
4/8/2011 5,227 5,021 2,663 2,511 1,356 1,255
5/8/2011 5,264 5,057 2,682 2,528 1,366 1,264
8/8/2011 5,371 5,161 2,736 2,581 1,393 1,290
9/8/2011 5,571 5,352 2,838 2,676 1,445 1,338
10/8/2011 5,609 5,392 2,857 2,696 1,455 1,348


Monday, August 8, 2011

berita gembira..

bagi kakitangan kerajaan pengumuman bonus 1/2 bulan atau minimum rm 500.00 telah mengembirakan ramai kakitangan kerajaan, ada yang mengeluh dan ada jugak yang gembira tetapi bagi aku jika kita ingin lebih kena lah beriktiar mencari jalan dan hala tuju untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

bagi pegawai sokongan gred 17 kebawah mungkin mereka mengeluh tetapi itulah hakikat yang perlu ditempuhi. aku sendiri bermacam cara dan terus cuba mencuba walaupun aku tidak pernah berjaya tetapi usaha tetap perlu diteruskan walaupun aku mengalami kerugian. bagi aku hanya tuhan yang memberikan rezeki kepada seseorang. apa-apa pun sekurangnya dengan bantuan itu kita semua dapat meringankan beban yang dihadapi, jangan merengut atau mengeluh.

satu lagi berita yang agak mengembirakan ialah harga emas dunia telah menunjukkan peningkatan yang mendadak sejak seminggu ini, bagi penyimpan atau peniaga emas mereka amat menantikan kenaikan harga emas ini, begitu juga aku walaupun tidak seberapa.

menyimpan emas boleh dikatakan keajaiban tanpa kita sedari nilaian nya akan meningkat, bagi aku mungkin belum terlambat, begitu juga perasaan aku apabila aku terlibat dalam pelaburan emas pada tahun lepas, anggapan aku ketika itu agak mahal tetapi tahun ini lagi mahal. dan akan terus meningkat.

simpanan sedikit didalam bentuk emas dan sebahagian dalam bentuk wang kertas kerana banyak kelebihan yang tidak dapat kita ketahui dan jangkakan antara kelebihan emas atau wang kertas, kekurangan emas atau wang kertas.

itu antara 2 berita yang boleh dikategorikan gembira dan membuat seseorang tersenyum

salam

selamat berpuasa

Thursday, August 4, 2011

salam

hari ini merupakan hari ke 4 ramadhan, alhamdullilah masih aku kuat untuk mengharunginya, tahun nie merupakan tahun kedua aku menyambut bulan puasa sebagai seorang suami dan tahun ini juga tahun pertama aku menyambut puasa sebagai seorang bapa.

menu kami berbuka dan bersahur ala kadar sahaja, ini kerana aku mendidik kelaurga aku agar tidak membazir dibulan puasa keinginan nafsu makan memang la hebat apabila tiba bulan puasa tetapi aku membeli secara bergilir-gilir supaya semua keingginan kami untuk makan akan dapat dirasai.

bercerita bab ibadat pula macam biasa la menunaikan solat tarawih, tapi tahun nie aku hanya pergi keseoarangan ke masjid kerana isteri aku terpakasa menjaga anak kami yang masih kecik. buat masa nie aku masih buat 8 rakaat hehehe, nak juga cuba isyaallah untuk menghabiskan 20 rakaat di masjid. apa pun aku doakan keluarga aku sentiasa dirahmati dan disayangi oleh mu yaalllah.

persiapan raya pula masih samar2 maklum mood raya belum tiba sbb masih di awal ramdhan, mungkin seminggu lagi baru timbul suasana untuk menyambut hari lembaran. tahun mungkin agak meriah sebab aku akan menyambut bersama anak perempuan aku. cam ne la rasa persiapan baju raya untuk puteriku.

mungkin tahun nie aku akan menyambut hari raya dekat kampung halaman aku sendiri kat jerantut, kecian bini aku mesti sedih terpaksa beraya kat kampung aku hahaaha. apa pun kerjasama itu penting dalam kehidupan rumah tangga.

selamat berpuasa...........

Monday, August 1, 2011

assalamualaikum w.b.t

semoga kita sihat walafiat supaya dapat menunaikan ibadah pada bulan yang mulia ini. mari lah kita sama2 mengambil peluang yang diberikan oleh allah untuk melipatgandakan amalan kita. kerana allah telah menjanjikan ganjaran yang terbaik untuk umatnya yang melakukan kebaikan di bulan ramadhan.

masa begitu cepat berlalu tanpa kita sedari sudah 2 hari umat islam menyambut ramadhan. ini la bulan yang dinantikan oleh orang yang beriman kerana mereka ingin mendapatkan sebanyak mungkin pahala oleh allah tetapi bagi orang yang tidak mempunyai kekuatan iman dalam dirinya, bulan puasa amat membebankan untuk dirinya.

bulan puasa ini banyak mengajar kita erti kesabaran dalam semua aspek bukan hanya menahan diri dari lapar dan dahaga tetapi menahan mata dari melihat keburukan dan kemaksiatan, menahan telinga dari mendengar perkara yang dilarang oleh allah, menjaga mulut dari mengumpat dan sebagainya. bulan puasa ini sebenarnya ingin mendidik umat islam supaya lebih beramal soleh bagi memperolehi pahala dan ganjaran oleh tuhan.

itulah kelebihan bulan puasa, jika dahulu kita lalai tetapi mulai sekarang kita tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepadanya marilah kita sama2 memohon keampunan darinya.

wahai sahabat semua marilah kita merebut peluang yang ada ini hanya sebulan dalam setahun mungkin untuk tahun depan ia sudah tidak ada lagi peluang yang akan diberikan olehnya.

semoga kita sama2 mendapat ganjaran dari nya

salam