Tuesday, May 24, 2011

kalah... kalah...kalah.... bidding

ini la pengalaman aku pertama kali bagaimana merasai suasana lelongan tetapi nasib tidak menyebelahi aku kerana kalah huhuhu....

semalam aku telah menghadiri satu bidaan rumah kos rendah di kawasan selayang baru, yang telah dilelong oleh bsn oleh ahr-auntioneers di nstp bangsar.

ini merupakan rumah case study aku yang ketiga, dimana yang pertama casa mila aku terpaksa lupakan kerana tunggakan terlampau tinggi, rumah kedua pula ialah batai apartment dimana rumah tersebut telah call off, yang ketiga rumah nie la dahlia apartment kos rendah dengan harga reserve price 26k.

sebenarnya aku ingin merasai sendiri bagaimana cara untuk melibatkan diri dalam property tak kira la pembelian melalui pemaju, subsale or auction, kerana belajar dari pengalaman sendiri lebih membuatkan kita berjaya dimana buku atau pembacaan ini adalah panduan secara teori je.

disini aku ingin senaraikan apa yang perlu dibuat bagi membeli rumah lelong berdasarkan pembacaan aku, dan pertanyaan kepada otai2 yang memang invest pada proeprty auction nie

tips...

1 - membuat carian tidak kira la melalui internet ke, surat khabar ke, brosur bank ke, yang memberitahu maklumat rumah yang kaan dilelong.

2. telefon auctioneer yang terlibat untuk minta faks peristiharan jualan (pos) bagi maklumat rumah tersebut.

3. membuat semakan di pejabat tanah, majlis pembandaran, maintenace, bil air/ api, indah water bagi mendapatkan tunggakan terkini.

4. melihat sendiri keadaan rumah tersebut bagi mendapatkan anggaran baik pulih

5. semak harga market rumah tersebut supaya anda membeli dengan harga lebih rendah antara 20-30 % dari market value.


ini adalah serba sedikit mengenai tips yang aku lakukan, tapi ada lagi yang perlu dibuat, tunggu untu post akan datang

p/s- perlu diingatkan pembelian rumah lelong mempunyai risiko tertentu pastikan anda memahami sepenuhnya sebelum membuat bidaan.......