Monday, April 25, 2011

Tarikh kelahiranku

assalammualaikum w.b.t

bersyukur kepada tuhan yang maha agung lagi maha penyayang, hari ini 26 april genaplah umur aku yang ke 26 tahun. terima kasih kepada mu yaallah kerana masih memberi aku peluang untuk terus hidup dan beramal soleh kepadamu.

engkau telah kurniakan aku seorang isteri, seorang anak, dan satu keluarga yang bahagia, di saat kita sudah hampir ke akhir zaman ini, aku sentiasa ingin memohon keampunan darimu yallah keatas dosa-dosa yang telah aku lakukan selama ini. aku hanya seorang umat biasa yaallah kadang-kadang aku tewas dengan bisikan syaitan, mungkin ini disebabkan kelemahan agama dan ilmu yang ada pada diriku.


aku juga ingin beramal soleh sebaik mungkin kepadamu tetapi sentiasa aku kalah untuk mengerjakan suruhan-suruhan mu yaallah, kadang-kadang aku leka dengan duniawi ini yaallah.
aku sentiasa berdoa agar engkau sentiasa memberi aku kekuatan iman, kesabaran dan bimbingan dan keredhaan semoga aku menjadi ihsan yang berada disyurgamu bersama-sama para nabi dan rasul.
aku juga bersyukur dengan keberkatan rezeki yang telah ko berikan kepadaku sekeluarga, dengan kesihatan tubuh badanv kepada kami, aku tahu hanya engkau yang mengetahui segalanya tentang umatmu, dan aku tahu dengan kebesaranmu yaallah sekelip mata sahaja engkau mampu mengubahnya.
hanya aku memohon hari ini dan akan datang engkau sentiasa la menlindungi, merahmati, membimbing aku ke jalan mu yallah, sedarlah aku jika aku terpesong dari jalan mu, aku sentiasa akan berubah ke jalan keredhaan mu yaallah.
hanya engkau yang sentiasa mengetahui apa sahaja yang aku inginkan, dan hanya engkau sahaja yang dapat merestui kehajatanku ini, dan hanya engkau sahaja yang tahu apa yang lebih terbaik untuk diriku ini, amin yaallah

Profil Hutang

Dalam artikel ini, kita akan berbincang mengenai 3 jenis hutang-hutang yang berbeza – agar kita dapat membuat perbandingan diantaranya sebelum “bekawan” dengannya.

Perbezaan diantara “Hutang Baik” dan “Hutang Tak Baik”?

Adakah jenis “Hutang Baik”? Ya, ada. Hutang ini membolehkan beban kewangan dijelaskan sepenuhnya. Meminjam untuk membeli rumah, pendidikan anak-anak, memajukan kemahiran dalam kerjaya, atau memulakan perniagaan sendiri akan membolehkan anda mendapat faedah kewangan jangka panjang.

“Hutang Tak Baik” adalah bila anda meminjam untuk sesuatu yang tidak mendatangkan apa-apa feadah kewangan atau barangan tersebut mempunyai jangka hayat yang lebih singkat daripada jangkamasa pinjaman barangan itu sendiri. Ini termasuklah pinjaman untuk bercuti, membeli pakaian, perabut, barangan rumah atau pun makan luar.

Di dalam proses mengasingkan pekara-perkara negatif berkaitan hutang, kita seringkali beranggapan bahawa berhutang adalah suatu perkara yang tidak berfaedah dan tidak produktif. Semestinya ia tidak benar kerana hutang boleh digunakan secara produktif oleh individu, peniaga mahu pun badan-badan kebajikan.

Untuk lebih memahami, mari kita lihat takrifan hutang yang produktif dan tidak produktif:

· Jika saya meminjam wang untuk beli satu pengalaman atau benda-benda yang tidak boleh saya bayar, dan menambah hutang dengan caj faedah tinggi, saya telah dibebani dengan hutang tidak produktif

· Jika saya meminjam wang untuk memperolehi satu aliran pendapatan yang menyumbang kepada pembayaran balik hutang, seperti pembelian lot kedai untuk disewa (kepada penyewa yang baik, harapnya!), Saya telah menggunakan hutang secara produktif.

· Jika saya meminjam wang menggunakan akaun margin untuk membuat spekulasi ke atas saham “panas” berdasarkan sembang-sembang/gossip, saya telah melibatkan diri dengan hutang yang tidak produktif dan berbahaya. Kesimpulannya, saya akan kehilangan wang (kebiasaanya) dan masih berhutang.

· Jika saya meminjam wang untuk membeli rumah, dan bercadang tinggal di rumah tersebut untuk masadepan yang dijangka, sekurang-kurangnya saya mungkin dapat mencapai “pulang-modal” sepanjang masa melalui peningkatan nilai rumah saya. Dalam mana-mana kes, ia akan menyelamatkan saya dari perlu membayar sewa sekiranya tidak membeli rumah, dengan ini, saya telah berhutang secara produktif.

· Jika saya meminjam wang untuk membeli sebuah kereta baru, dan berhutang lebih daripada 90% nilainya, saya akan terus menjadi tidak menentu dari segi penggunaan hutang jika kereta saya dicuri. Adakah anda sedar yang dalam kebanyakan kes, sebuah kereta susut nilai lebih kurang 1/5th dari nilainya sebaik sahaja bilik pameran ditinggalkan? Sebagai penanggung insurans, mereka hanya membayar nilai pasaran kereta anda pada masa kerugian, kekurangan terpaksa anda tanggung sendiri.

· Jika saya meminjam wang untuk memulakan satu perniagaan sendiri, saya boleh menghapuskan bunga terhadap pendapatan perniagaan saya yang mana boleh memberikan saya penjimatan cukai. Saya boleh juga menggunakan sejumlah pinjaman bagi mengembangkan lagi perniagaan dan ini adalah merupakan hutang produktif.

Pinjaman boleh menjadi produktif, sebagai aktiviti yang menjana kekayaan, atau ia akan menjadi pengalaman sebagai “hamba kepada peminjam”. Bijak pandai menggunakan hutang sebagai alat untuk menjana kekayaan, mendapatkan pengecualian cukai atau membesarkan pengurusan hartabenda. Bagi mereka yang kurang arif, kebiasaannya mereka merasakan yang hutang adalah alat untuk mendapatkan sesuatu yang mereka tiada berupaya mendapatkan melalui tabungan atau kesabaran.

Tidak semua hutang berbentuk tidak produktif. Keupayaan menguruskan kewangan secara berhemah membolehkan kita menjelaskan kadar bunga hutang dan juga membayar pokok nya sekali. Bila kita gunakan kaedah yang sama dalam perniagaan, hasilnya juga adalah sama. Aliran tunai yang dijana daripada hasil pinjaman mestilah mampu mengembangkan aliran pendapatan bagi membolehkan pembayaran balik tuntutan kredit dan pinjaman asal.

Bagaimana Dengan Hutang Jenis Ketiga?

Disebalik usaha-usaha terbaik yang dilaksanakan, anda masih lagi terjerumus dengan masalah hutang yang serius. Ini bukanlah jenis hutang yang anda ingin dapatkan tetapi keadaan tidak dapat dikawal. Ini masa nya yang teruk menjadi lebih teruk dan and terjebak. Tanda-tanda anda terjebak adalah seperti berikut:

· Meminjam lagi untuk membayar pinjaman terdahulu

· Pemiutang sering menggangu anda untuk mendapatkan bayaran

· Membuat bayaran minima untuk kad kredit

· Memaksimakan penggunaan kad kredit

· Meminjam untuk membayar bil-bil biasa

· Sukar mendapatkan pinjaman

· Kawan-kawan dan saudara mara mula menjauhkan diri

· Dan terakhir – simbahan cat merah di dinding rumah anda!

Bagaimanapun, anda belum terlambat dan tidak keseorangan. Bantuan ada berhampiran anda! Nasihat dari agensi kaunseling kredit boleh membantu anda bagi menyediakan pelan penyelesaian diantara anda dan kreditor anda bagi mengurangkan beban hutang anda. Apa yang perlu adalah kesungguhan dan displin diri untuk berubah bagi membolehkan anda menjalani kehidupan yang lebih berhemah.

Pedang Dua Mata

Hutang sememangnya seperti pedang dua mata. Sekiranya menggunakan secara bijak, maka anda dapat meningkatkan kekayaan dan memberikan faedah kewangan jangka panjang. Salah penggunaan, anda bukan saja terluka bahkan luka yang membawa maut! Oleh itu, sebelum anda mula “menghayunkan pedang” anda, pastikan anda tahu pergerakan yang sesuai serta mampu memikul tanggungjawab dari penggunaaannya.

SUMBER AKPK

Thursday, April 21, 2011

Renungkan

assalamualaikum w.b.t.......

hari ini agak boring, masing2 kat ofis semua pergi ke maeps kerana ada program disana, begini la kebiasaan rutin harian aku.

seperti biasa aku ingin berkongsi sedikit ilmu yang aku perolehi berdasarkan pengalaman dan pembacaan aku sendiri.

iaitu tidak lain tidak bukan bagaimana kita ingin menambahkan harta atau simpanan yang kita ada pada setiap tahun supaya ia semakin meningkat.

seperti yang aku selalu jelaskan ialah simpanan emas, mesti anda tertanya-tanya kenapa lah perlu menyimpan emas, apakah keistimewaan dan kelebihan yang ada pada emas? selain menjadi kegilaan kaum wanita sebagai perhiasan diri supaya kelihatan lebih anggun

aku tidak ingin badingkan dengan mana-mana simpanan, ini kerana kita sudah mempunyai akal yang dapat menilai samaada ia betul dapat mendatangkan hasil ataupun tidak.

simpanan emas ini terdiri dari pelbagai bentuk sebagai contoh barang kemas, jongkong emas atau pun syilling emas dan ia juga terdiri dari pelbagai jenis atau ketulenan atau karat sebagai contoh emas 999.9, 999,950,916 dan sebagainya.

tetapi bagi yang ingin melabur atau menyimpan emas sebaiknya cari atau beli emas yang ketulenan 999.9 berbentuk jongkong atau syiling emas. ia banyak dijual di pasaran antaranya pamp suisse, kijang emas, public gold, gcp, dinar kelantan, dinar perak dan sebagainya

sebenarnya aku tidak tahu bagaimana ingin menerangkan samaada penerangan dan permahaman aku ini dapat memahamkan siapa yang sudi membaca.

disini aku akan jelaskan salah satu pelaburan emas iaitu syilling emas yang dipanggil kijang emas keluaran bank negara. aku menggunakan kijang emas ini kerana ia mempunyai rekod harga yang terdahulu yang boleh diperolehi di laman web bank negara supaya dapat menyakinkan anda semua.

sebenarnya aku sudah jelaskan sebelum ini tapi hari ini aku akan ceritakan perkara yang sama, supaya sikit sebanyak anda semua akan mendapat manfaatnya kerana manusia ini perlu sentiasa diingatkan kerana ia mudah lupa.

seperkara lagi yang aku ingatkan jika artikel ini tidak bersesuaian dengan anda, jika artikel ini terdapat unsur keraguan atau penipuan sila abaikan. segala komen anda juga amat lah di alukan tetapi komen tersebut mestilah mengenai artikel ini dan bersifat positif



gambar diatas ialah kijang emas bersaiz 1oz

untuk pengetahuan semua kijang emas terdapat 3 saiz yang berbeza iaitu 1 oz (31.105 g), 1/2 oz, (15.55 g), 1/4 oz ( 7.78g) dan seperkara lagi ia hanya boleh dibeli di maybank sahaja antara di menara maybak atau maybank bangsar.

untuk melihat harga yang terdahulu mengikut bulan dan tahun anda boleh layari lama web tersebut bank negara malaysia klik rates & statistics, klik rates, klik kijang emas (sory x boleh nak copy link)



Tuesday, April 19, 2011

Kisah ku minggu nie

semalam telah bertambahlah anak buah aku cucu kepada emak aku, ini kerana adik perempuan aku telah selamat melahirkan seorang baby x sure lelaki ke perempuan jam 11 pagi di hospital sungai buloh, aku pun x berkesempatan nak melawat, maklum la semalam aku terlalu sibuk dengan urusan peribadi, sebelah pagi hantar anak ke klinik, lepas tu pergi ke bank rakyat selayang, maklumlah sekarang nie orang terlampau ramai dibank kerana berurusan untuk membeli saham, jam 12 tengahari baru aku punch card.

masuk ofis jap dah pon nak lunch, tgg menunggu wife aku dapat call lak dari salesman proton, katanya loan kete aku dah lepas, ingatkan malas dah nak ambil kereta tu, tapi bila bincang balik, imbas balik, aku perlu kereta yang lebih selesa dan lebih selamat, ini kerana aku telah mempunyai isteri dan anak yang masih kecil.

sebenarnya kereta lama aku dah pakai dekat 2 tahun, tapi sejak kebelakangan ini sering saja memberi masalah kepada aku, dalam masa 6 bulan je berdasarkan resit yang aku simpan hampir dekat 8k aku telah laburkan, tapi keadaan still di tahap yang lama. akhirnya aku bertekad untuk membeli juga kereta tu, walaupun keadaan gaji kami agak cukup2 makan tapi masih dapat dikawal, g pon kereta lama aku tu dapat gak cover sedikit sebanyak duit bulanan.

ikutkan memang la sayang dah banyak aku habiskan tapi terpaksa la jual gak, aku jual pon kat member kompung gak dalam rm 16k harap lepas nie ia tidak lagi memberi masalah yang besar kepada member aku tu. hehehehe.

urusan emak aku pon dah settle cuma tunggu cek je alhamdullilah dapat gak tuntutan perubatan emak aku, bersyukur kepada mu tuhan. ini lebih kurang citer aku buat masa nie.

ok aku nak cerita lah serba sedikit pasal emas, sejak kebelakangan nie emas telah menaik agak tinggi, ini satu berita yang mengembirakan tapi x tahu la sampai bila, nak membeli untuk masa ini dah memang x mampu harga dah memuncak hanya boleh tebus stok lama untuk dirollingkan hehehe.

sekarang aku lebih fokus untuk menyimpan sahaja, menjual pon agak slow kerana tiada masa dengan aktiviti apa pun aku x tahu sampai x sempat langsung. hanya tgk kawan2 lain je jual. bagi yang ingin melabur cuba la melabur dengan emas, ini berdasarkan pengalaman aku sejak tahun lepas memang emas ini ada auranya tersendiri.

sekian...............

Thursday, April 14, 2011

Thanks Allah

8/4/2010 tarikh emak kesayangan aku telah menjalani pembedahan kerana penyakit batu karang di hospital pusrawi. kami sekeluarga berusaha dan beriktiar memberi yang terbaik kepada ibu, alhamdulilah keadaan ibu semakin sihat cuma batu karang tersebut telah memberi kesan kepada buah pinggang ibu yang mana sekarang ibu terpaksa menerima suntikan di pusat hemodialisis setiap minggu. Kos suntikan seminggu sebanyak RM 80.00 tapi alhamdulilah segala kos ditanggung oleh majikan aku bekerja.

tapi tidak ku duga mungkin petunjuk daripada tuhan setelah setahun kejadian itu, aku tiba2 ingin menuntut kembali kos perubatan dan perubatan yang telah kami sekeluarga dahulukan sebanyak RM 14,000.00.

mungkin pada masa itu aku tidak jelas dengan syarat yang telah ditetapkan, tetapi setelah aku menerima nasihat daripada kawan-kawan serta rujukan yang aku buat, sebenarnya aku layak untuk memohon semula kos yang telah aku sekeluarga jelaskan. ini berdasarkan pekeliling ada menyatakan sebagai pegawai yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam mempunyai kemudahan perubatan kecemasan di hospital swasta bagi kedua-dua ibu bapa.

alhamdulilah sekiranya kita dipihak yang benar tuhan sentiasa akan membantu kita, pada 8/4/2011 genap setahun emak menjalani pembedahan dan pada hari itu juga la segalanya bermula selepas aku mengambil laporan perubatan dari hospital untuk dijadikan sebagai bukti.

pada 11/4/2011 aku mula menghantar surat tuntutan kepada pegawai yang bertanggungjawab menguruskan perkara sedemikian, alhamdullilah segala berjalan dengan lancar. dan sekarang aku hanya menunggu kelulusan dari ketua jabatan bagi tuntutan tersebut.

aku pernah berkata jika tuntutan ini berjaya aku ingin menghantar kedua ibu bapa menunaikan haji atau umrah jika wang tersebut boleh digunakan untuk ke tanah suci dan mendapat persetujuan dari adik beradik aku yang telah menyumbang mengumpul wang untuk kos rawatan tersebut.

mungkin pada cuti sekolah bulan 6 ini, aku akan mengadakan kenduri kesyukuran dan doa selamat di rumah, serta akan menyumbang untuk majlis bacaan yasin di pejabat aku.

lebihan tersebut baru la aku akan tentukan kemana arahnya samaada dapat meneruskan niat aku tersebut atau tidak. apa pun ini adalah keredhaan daripada allah yang maha berkuasa dan maha mengetahuinya. aku amat bersyukur kepada mu kerana sentiasa memberi kemurahan rezeki kepada kami sekeluarga.

" aku memohon kepadamu yaallah berilah kami kesihatan, jauh la kami dari sebarang penyakit dan kesusahan, jauh la kami dari siksaan kubur mu, tempatkan kami sekeluarga disyurgamu, sentiasa melindunginya kami dan memberi keberkatan dan keredhaan dalam kehidupan kami dan apa sahaja yang kami lakukan, tingkatkan keimanan kami, tingkatkan ketaqwaan kami kepada mu yaallah hanya mu yang maha berkuasa amin yaallah"

Wednesday, April 6, 2011

21.33 % setahun

rasanye dah lama aku x citer pasal emas nie,

arinie aku nak citer pasal peratusan kenaikan harga emas untuk setahun. untuk makluman semua aku akan kira kenaikan kijang emas berdasarkan carta yang dikeluarkan oleh bank negara malaysia.

aku lebih suka melabur dengan kijang emas sbb

- keluaran bank negara malaysia
- cantik & menarik
- senang membeli dan menjual balik
- boleh buat pajakan di arrahnu bank rakyat & agrobank
- senang nak pantau harga
- tiada risiko mainan harga oleh penjual sbb hanya maybank sahaja yang dilantik sebagai penjual
- x yah pening nak cari pembeli hehehe

dan sebagainya

contoh...

Date 1 oz 1/2 oz 1/4 oz
Selling Buying Selling Buying Selling Buying
1/4/2010 3,950 3,796 2,013 1,898 1,025 949
2/4/2010 3,872 3,721 1,973 1,861 1,005 930
5/4/2010 3,871 3,719 1,972 1,859 1,004 930
6/4/2010 3,855 3,705 1,964 1,853 1,000 926
7/4/2010 3,853 3,704 1,963 1,852 1,000 926
8/4/2010 3,919 3,767 1,996 1,884 1,017 942


1/4/2011 4,603 4,425 2,345 2,212 1,194 1,106
4/4/2011 4,589 4,413 2,338 2,206 1,191 1,103
5/4/2011 4,607 4,431 2,347 2,215 1,195 1,108
6/4/2011 4,662 4,483 2,375 2,242 1,209 1,121
7/4/2011 4,673 4,494 2,380 2,247 1,212 1,124

mengikut tarikh pada 7/4/2010 - 7/4/2011 selama 1 tahun

harga belian 1oz RM 3704 - 7/4/2010
harga jualan 10z RM 4494- 7/4/2011

harga jualan-harga belian/harga jualan * 100

= 4494-3704/3704* 100
= 790/3704 *100
= 21.33%

peratusan kenaikan 1 tahun ialah = 21.33%

menarik bukan jika melabur didalam emas, terdapat pelbagai lagi cara yang boleh dimanipulasikan dengan menggunakan emas.

ini adalah sebahagian contoh sahaja berdasarkan pengalaman, bagi kepastiaan yang lebih detail sila membuat rujukan atau pertanyaan kepada yang lebih pakar.

sekian selamat mencuba!!!!!!!!!!

Alasan

pagi nie tgh syok tgk kenaikan harga emas, boleh la smpi memo suruh pergi latihan pembarisan, semalam isteri aku, pagi nie aku lak kena adoiiii.

minta maaf la aku memang x minat la benda2 cam nei, aku x mau langsung telibat dalam apa2 aktiviti yang boleh menganggu waktu aku bersama keluarga, semalam bila tengok memo tu untuk isteri aku, memang rasa bangang je sapa yang bagi nama tu, mana nye aku x marah bini aku baru je lepas pantang boleh lak dia suruh pergi latihan kawad.

aku dah draf memo balas balik x dapat menyertai untuk bini aku semalam, untuk aku baru je siap pagi nie, mesti lepas nie kena sound kat bos nampak gayanya mana tak nye kat bawah memo tu dah tulis "diwajibkan adil tanpa gagal" den tawakal je la.

apa pon mari kita layan harga kijang emas arinie.......




Date
1 oz 1/2 oz 1/4 oz
Selling Buying Selling Buying Selling Buying
1/4/2011 4,603 4,425 2,345 2,212 1,194 1,106
4/4/2011 4,589 4,413 2,338 2,206 1,191 1,103
5/4/2011 4,607 4,431 2,347 2,215 1,195 1,108
6/4/2011 4,662 4,483 2,375 2,242 1,209 1,121
7/4/2011 4,673 4,494 2,380 2,247 1,212 1,124

Monday, April 4, 2011

Kijang Emas

arinie baru selesai urusan jual kijang emas baru rasa lega sepatutnye aku dah settle pada hari jumaat lagi tapi ada masalah yang x dapat dielakkan. ini semua angkara bank kerana duit yang aku tranferkan hari khamis aritu x clear sampai ke 4 petang. jadi segala urusan tengendala.


nasib baik yang beli tu kawan ofis aku dia pon x tanya aku pon x bagitahu hehehe. segala plan aku terpaksa bertukar kerana due date pajakan aku pada 3 haribulan setiap bulan tetapi apabila ari jumaat aritu aku x keluarkan 3 haribulan jatuh ari ahad , jadi arinie dah lebih 1 hari tetapi bank akan tetap kenakan bayaran upah simpan setiap bulan jadi aku rugi la sebulan. terpaksa la aku keluarkan yang berada di bank rakyat bangsar.

urusan di bank rakyat bangsar tadi agak leceh, pegawai kurang mesra dan aku terpaksa menunggu agak lama walaupun segala bayaran telah dibuat, sama gak macam aku nak pajak aritu mungkin org terlalu ramai. di situ aku ada simpan 4 pcs so aku tebus semuanye. selesai di bangsar aku terus ke bank rakyat selayang untuk menebus 3 pcs lagi, no giliran aku 1047 dikaunter baru 1037. hanya seorang pegawai sahaja yang bertugas dikaunter, memang mengambil masa yang agak lama untuk settlekan setiap orang.


tapi nasih aku baik, itu untungnye apabila kita buat baik dengan pegawai bank nie, broder nie kena aku pon sebabkan aku nie kaki pajak hehehe, dia pula pengawai arrahnu jadi mesra la. entah camne dia tanya aku kenapa dari jauh aku menjawab dengan gerakan mulut je, nak tebus.


tak ku sangka dia panggil masuk bilik arrahnu hahaahah, settlekan aku punya urusan dengan cepat klu tidak aku pon x tahu sbb masa aku tu pon baru no. 1038. semua orang pandang aku mungkin diorang benggang kot sebab dah tunggu lama aku selamba je masuk bilik pengawai tu heheehe. broder tu siap g tahu aku lagi x nak pajak ke emas dah naik adus aku nak keluarkan nie pon pening dia suruh aku pajak lagi tapi ckit lagi aku masuk la balik heheehe. apa lagi aku pon salam terus bla sbb dah nak pukul 1. time tu aku g makan gan bini aku la biasa la klu kahwin dengan orang satu ofis gak hahaah jodoh la bro.......