Wednesday, March 30, 2011

sana sini gold

dikesempatan ini kita saya cerita la ckit pengalaman saya terlibat dalam perniagaan emas ini

sebelum itu saya akan menerangkan 3 syarikat yang saya memiliki emas keluaran mereka dan menjadi sebahagian koleksi simpanan saya untuk masa depan

pertama

keluaran bank negara iaitu kijang emas, sebelum ini saya ada tulis mengenai kijang emas, berat, bentuk, dan sebagainye anda boleh rujukpost terdahulu http://mykilauanemas.blogspot.com/2011/03/kijang-emas-gold-bullion-coins.html

keistimewaan kijang emas ini pada pendapat saya ialah ia cantik berbentuk syiling dan mempunyai gambar kijang ia sebenarnye ialah keluaran bank negara tetapi dijual oleh maybank. kebiasaanye maybank yang saya selalu beli ialah di bangsar dan dataran maybank.

emas lebih murah daripada emas keluaran lain, dan anda boleh pilih saiz yang anda inginkan 1oz, 1/2 oz atau 1/4 oz, anda juga boleh melihat harga yang dijual melalui website maybank atau bank negara. harga kijang emas hanya berubah sekali sahaja pada setiap hari.

bagi yang ingin menyimpan saya syorkan kijang emas, ini kerana ia mudah dijual kemungkinan anda memerlukan wang.

tapi ada sesetengah orang akan bercakap mengenai keburukan emas, iaitu bank tidak akan membeli balik jika emas tersebut kemek, atau calar. tetapi risiko tersebut bergantung kepada penyimpan, ini kerana kijang emas didatangkan bersama dengan sarung yang tebal, pada pendapat saya jika anda terus menyimpan setelah membeli ia agak mustahil untuk kemek atau calar.

tetapi untuk pengetahuan semua kijang emas boleh dipajak di bank rakyat dan ada sesetengah agrobank, tetapi diingatkan perlu berhati2 jika memajak kerana anda terdedah kepada risiko untuk calar.

saya syorkan simpan kijang emas bagi yang minat hanya untuk menyimpan dan jual jika memerlukan. seperti yang saya katakan ia amat mudah untuk dijual, dibeli dan lebih selamat kerana ia adalah keluaran bank negara.

bagaimana untuk membeli anda hanya perlu mengambil nombor seperti biasa tetapi bagitahu nak beli kijang emas di 2 maybank yang saya sebutkan tadi sahaja iaitu dataran maybank atau maybank bangsar.

dan mereka akan proses pembelian anda dan pembelian tersebut akan disertakan resit, ini amat penting kerana jika anda ingin memajak pihak bank memerlukan bukti pembelian oleh anda. dan jika ingin menjual amat mudah pergi sahaja bank tersebut dengan membawa emas yang anda beli dahulu. mereka akan memberi tunai kepada anda berdasarkan harga beli semasa.

ini adalah serba sedikit tentang kijang emas untuk rujukan pihak tuan dan saya lebih sukakan kijang emas tetapi pilihan di tangan anda.

kedua

public gold, anda tentukan mengenali syarikat ini kerana banyak promosi mengenainya di akhbar2 tempatan. saya mula menyertai dealer pada bulan 7 tahun lepas selepas yakin dengan konsep yang dilaksanakan oleh pg.

modal permulaan pada ketika itu ialah 20k pada harga promosi. bagi dealer mereka akan menerima komisen sebanyak 1.5% dari harga jualan dan bagi introducer akan menerima 0.5% dari belian dealer.

jika anda dapat membuat belian sebanyak 300k selama 6 bulan anda akan dilantik untuk menjadi master dealer dan komisen pada masa itu ialah 2%. (x silap la)

pada ketika itu introducer saya ialah en syukur hasyim. pada permulaan saya hanya ingin menyimpan emas, tetapi sambil menyelam minum air saya menjual sedikit demi sedikit. 2 bulan selepas itu jualan saya agak memberangsangkan.

produk yang ditawarkan ialah 20g, 50 g, 100g & 250g jongkong emas 999.9, bagi dinar pula 1 dinar, 5 dinar & 10 dinar emas 916

pembelian boleh dilakukan di website pg dengan mengisi borang order samaada bayaran cash atau epp selama 4 bulan. stok boleh diperolehi di sunway dan yang berdekatan dengan anda la dalam masa 2 minggu. setiap pembelian jongkong emas akan dicaj rm 10, 20, 30 sebagai kos pengangkutan (x silap la).

menurut pg mereka akan membeli semula emas, yang telah kemek, calar dan sebagainye. bagi saya emas keluaran pg amat sesuai untuk berniaga kerana ia emas tersebut cantik menarik dan menjadi pilihan orang ramai tambahan pula ia banyak membuat promosi percuma di akhbar oleh master2 dealer. heheheeh

ketiga

goldcrest pavilion atau gcp, produk yang dikeluarkan ialah jongkong emas 999.9 berat 10g, 20g, 50g dan 100g, rantai tangan 999 berat 10g,20g,30g,50g dan 100g serta 1 dinar 999.

bagi yang kurang minat dengan jongkong emas, gcp boleh menjadi pilihan anda kerana ia terdapat produk rantai tangan, ini sesuai untuk pelaburan.

bagi yang berminat untuk menjadi dealer pendaftaran sebanyak rm 1k or rm 600 di laman web gcp klik register isi introducer muhammad hafdi mustafa ad1182 saya la tu heheehe.

bagi dealer ia akan memperolehi 8% komisen dan bagi dealer dibawah mereka akan menerima rm 1 segram bergantung kepada pembelian dealer.

sebenarnye saya lebih sukakan rantai tangannye kerana ia boleh mempelbagai bentuk emas pelaburan dan senang untuk di arrahnu kan dimana2. dan saya syorkan anda membeli rantai tangan bagi tujuan pelaburan masa panjang jika tidak berminat dengan jongkong emas.

kesimpulan

1. untuk menyimpan beli la kijang emas atau rantai tangan.
2. untuk berniaga antara gcp atau pg ada kelebihan masing2 yang mana anda boleh jual la
3. untuk maklumat lanjut call je saya 017-6627276





KISAH KAWAN OFIS AKU

hari ini aku dapat call dari kawan ofis aku boleh dianggap emak la sbb dia pon dah nak pencen, lama la gak aku x jumpa gan dia maklum la dok ofis berlainan.


sebenarnye dia nie pernah beli emas dengan aku pada tahun lepas dalam bulan 10 x silap aku, setelah aku email dan bercerita pasal emas nie la. dia pun terbuka hati nak beli emas dengan jumlah 20k.


menurutnya dia x tahu nak buat apa gan duit tu sebelum nie dia pernah main saham tapi rugi je sbb suruh orang lain control , dia hanya keluar modal je. dia pon dah kisah klu rugi pon dia cakap, mana ada rugi klu beli emas tapi kena tunggu la sekurang2 setahun.


sebelum nie duit dia banyak simpan kat asb je. lupa nak bgth dia beli emas tapi suruh aku simpan, dia cakap x nak pegang nanti dia nak duit, dia bagitahu pening kepala aku cam ne la dia boleh percaya kat aku nie, yang susahnye aku klu hilang camne la uhuhhu.


nak jadikan cerita x sampai sebulan lepas tu dia nak jual lak emas tu, rugi pon x pe la dia cakap, tapi disebabkan satu ofis g pon aku dah anggap emak, aku pon bagi la balik modal dia 20k. sbb walaupun aku bagi modal dia balik aku still untung hehehe.


katanye nak join satu skim cepat kaya lebih kurang la dia ada tunjuk kat aku, x silap aku satu lot dlm 5k dia masuk 2 lot sekali. aku dah bagitahu tapi dia cakap x kisah nak cuba nasib je hehehe sebab kes skim cepat kaya nie dah x leh pakai semua tipu. dia citer banyak la gak dapat dalam 2 kali ganda. aku ada la pesan suruh berhati2 je tapi dia still nak cuba apa boleh aku buat heheeh.


tadi tengah sibuk wat keje (sibuk la sangat) dapat call, macam kenal je suara hehehe dia ucap tahniah sbb dah jadi ayah (terima kasih) dalam hati aku apasal lak telefon aku nie, aku saja terus tanya pasal skim dia masuk tu, kan aku dah cakap kena tipu je tapi dia cakap modal dapat balik la lepas tu orang tu hilang, call pon x dapat.


dia tanya aku cam ne bisnes ok ke, cam biasa jawab aku, pahtu dia cakap cerita pasal pg kat berita harian tapi aku x baca pon. tgh sembang2 dia tanya emas berapa sekarang aku cakap turun la ckit, lepas tu dia nak beli dan simpan.


aku syorkan dia simpan kijang emas la lagi selamat, senang nak jual kebetulan pula memang aku nak jual kijang emas tu so aku promote la terus, dia tanya aku seketul berapa aku cakap la harga arinie pahtu terus order 6 pcs kijang emas 1oz. sbb dia cakap x tahu nak buat apa duit ini.


alhamdullilah dapat gak aku jual 6 pcs sebenarnye aku nak jual dalam 8 pcs so ada la balance lagi 2pcs so sape2 nak boleh la call aku 0176627276.


tapi bila aku fikirkan balik rezeki memang tuhan dan tentukan sbb kadang bila aku memohon padanye ia akan datang tanpa aku duga. itula aku pon sekarang cuba menjadi ihsan yang terbaik dan lebih beramal soleh tapi kadang2 terkandas gak tapi usaha kena berterusan dalam apa jua keadaan pon. amin ya allah

Monday, March 28, 2011

PAGI SELASA

baru je sampai ofis sekarang ia la kena ulang alik dari selayang ke rumah mak mertua ku di sungai buloh sbb anak aku x berani nak bagi org jaga terpaksa berkorban la ckit. minyak kereta x yah citer la boleh tahan la bulan nie je dekat rm 400. tapi itu je dapat aku lakukan buat masa inie.

pagi2 nie aku nak cerita la ckit apa projek yang aku tengah buat tapi masih dalam peringkat awal lagi. tahun lepas bulan 7 aku start join public gold, pada pandangan aku boleh la duit kopi dalam 2-3 ratus sambil kita menyimpan emas boleh la menjual emas. tapi sejak kebelakangan ini aku dah kurang yakin mengenai sistem yang public gold buat, tambahan pula emas yang pg jual adalah lebih mahal klu dibandingkan dengan kijang emas, gcp, pamp suisse, or uob.

mula2 tu seronok la maklum la masa tu aku dealer yang ke 675 so mudah la nak jual walaupun aku bagi harga dealer. tetapi itu dulu sekarang apabila terlampau ramai sangai penjual, kuasa pembeli makin berkurangan menyebabkan berlakunya harga yang terlampau rendah dari pasaran sedangkan dealer hanya memperolehi 1.5% dari harga beli.

dulu aku ada buat sistem arrahnu beli pajak, beli pajak untuk simpan stok di arrahnu kerana membeli masa harga rendah klu istilah dealer emas di panggil "rempit" tapi aku dah cuba memang boleh buat duit tapi klu dah sekarang dealer telah mencecah 7k orang, kaedah itu dah x boleh pakai.

memang ikutkan aku banyak rugi, sebenarnye baru aku faham jika kita hanya menjual emas anda tidak akan boleh jadi senang tetapi anda perlu mencari dealer2 dibawah rangkaian anda, ini kerana anda akan memperolehi 0.5% dari harga belian mereka, itu sebenarnya kaedah pg lakukan.

cuba anda kira berapa keuntungan yang anda perolehi jual 20 gram dapat 1.5% stok kena tunggu, kena ambil kat sumway, dengan kos tenaga minyak, tol tetapi klu sekali ambil sekilo bagi kau berbaloi la.

lepas tu yang buat aku musykil lagi ialah bila harga jatuh je website akan down benda nie dah banya berlaku sebelum nie tapi masih ditahap itu je. sekarang nie pula macam2 pula orang buat skim 30/70 la. 35/65 la aku dah mula takut, bukan apa dah la produk pg hanya diterima oleh agro bank dan ada la sesetengah arrahnu tapi aku hanya bergantung dekat agro bank je pahtu sekarang dah turun 65% dari nila marhum dulu 70%, macam2 sekarang.

fikir2 balik x perlu simpan stok pon x pe sbb kat facebook pg belambak orang lelong bila2 masa pon boleh beli dapat untung ckit jadi la.

bagi dealer2 yang baru nak join pada pandangan aku lebih baik beli dan simpan tapi beli emas yang paling murah dan senang untuk dijual dan perbezaan harga beli dan harga jual x banyak aku rasa kijang emas la. tapi klu nak berniaga emas pg la bagus sbb tengah top sana sini semua cerita pasal produk pg je.

tapi jangan cuba terlibat dalam emas klu x tahu langsung pasal emas dan jangan ikut cakap orang cuba buat kajian dan selidik terlebih dahulu, pasal main pajak nie jangan la cuba takut nanti bila harga x naik, sedangkan masa beli harga tinggii memang susah la ko orang nak jual memang confirm x dapat untung dah la kena bayar upah simpan last2 emas kat arrahnu x tertebus pulak. ini berdasarkan pengalaman aku sahaja.

apa2 pun keputusan masing2 mungkin ko orang lebih hebat dan pandai dari aku sbb aku pon baru je belajar mana la hebat macam otai2 tapi memang jual emas nie seronok senang je nak dapat duit g je arrahnu comfirn diorang bagi duit hahaah tapi kena la tebus oooiiii jangan la tergadai lak.

nie gambar kijang emas klu korang nak tau


harga tgk belah kanan aku ada letak link harga kijang emas

renung2 kan selamat beramal...............

AUCTION

Hari aku ambil cuti nak pergi auction dekat property auction house, semua benda aku dah prepare minggu lepas. cite dia cam nie ada la satu hari tu aku nampak iklan rumah lelong kat tempat aku menyewa sekarang apartment batai di selayang baru.


dah dekat 2 tahun aku menyewa, kononnye nak beli la, umah nak lelong tu tingkat 8 aku sewa tingkat 9 ok la harga reserve price pon 48k dekat dengan ofis aku. aku dah check segala cukai pintu, tanah ,dan maintenance, rumah pon dah tgk tapi owner duduk la tgk dari luar je. setelah aku kira total kos aku berani bidding sampai 55k je.


bank draf aku dah prepare kena caj rm5 khamis aritu, masa g auction tadi punyalah semangat tgk x ramai la sangat. aku pon register la dah siap register aku ambil senarai rumah yang kena lelong pagi tu, tgk2 rumah yang aku nak bidding tu dah call off camne la minah tu boleh bagi aku register gak nasib baik aku perasaan.


pahtu aku ambil balik bank draf terus balik. heheh baru nak belajar beli rumah lelong tut tut dah cancel lak frust pon ada dah la aku ambil cuti ari nie adoooiiii . mungkin belum rezeki aku lagi. apa2 pon dapat la gak aku belajar cam ne nak beli rumah lelong tu. ini pon belajar dari blog2 otai hartanah je, seminar x pergi lagi tgk la sabtu nie kot g seminar tuan bri rm10 je heheehe


pahtu member aku call tanya jadi x jual 100g, walaupun rugi ckit aku jual la gak malas nak tunggu lagi, g pon duit tu aku nak stanby kot2 ada lagi rumah yang aku berkenan boleh la masuk bidding lagi.


bini aku kecewa gak hehe belum rezeki abang kot sayang hehehe kita cuba yang lain. sebenarnye aku nak pakai nama bini aku sbb nama aku dah banyak hutang susah ckit nak buat loan sbb aku nie jual emas, emas yang dipajak atau arrahnu kan tu masuk ccris tu la nampak cam banyak hutang. sekarang nie nak jual dulu separuh bagi clear ckit hutang2 yang tidak penting tu.


klu nak belajar pasal emas boleh la call aku nak beli ke? 0176627276 ckit2 boleh la aku ajar g pon aku baru je belajar ....

Monday, March 21, 2011

Kijang Emas Gold Bullion Coins





Malaysia's own gold bullion coins, providing an alternative form of investment

Fineness/Gold purity:

99.9%
Available sizes:

1 oz, 1/2 oz, 1/4 oz

Specifications

1 Troy ounce
99.9% purity
31.105g

1/2 Troy ounce
99.9% purity
15.550g

1/4 Troy ounce
99.9% purity
7.780g

Kijang Emas Prices

Daily trading prices (in ringgit) of Malaysia's gold bullion coin, the Kijang Emas.
From To t

Date

1 oz
1/2 oz 1/4 oz
Selling Buying Selling Buying Selling Buying
1/12/2010 4,641 4,460 2,364 2,230 1,204 1,115
2/12/2010 4,636 4,456 2,362 2,228 1,203 1,114
3/12/2010 4,629 4,450 2,358 2,225 1,201 1,113
6/12/2010 4,686 4,505 2,387 2,252 1,216 1,126
8/12/2010 4,673 4,491 2,380 2,245 1,212 1,123
9/12/2010 4,613 4,435 2,350 2,217 1,197 1,109
10/12/2010 4,618 4,440 2,353 2,220 1,198 1,110
13/12/2010 4,592 4,415


Date 1 oz 1/2 oz 1/4 oz
Selling Buying Selling Buying Selling Buying
1/12/2009 4,162 3,913 2,121 1,957 1,081 978
2/12/2009 4,217 3,965 2,149 1,983 1,095 991
3/12/2009 4,292 4,037 2,187 2,018 1,114 1,009
4/12/2009 4,246 3,993 2,164 1,997 1,102 998
7/12/2009 4,066 3,819 2,072 1,909 1,055 955

BAB 1 KENAPA ANDA MEMERLUKAN PERANCANGAN KEWANGAN?

APA ITU PERANCANGAN KEWANGAN?

Sekiranya anda ingin ke satu destinasi – apa yang perlu anda lakukan?
Berbagai persoalan akan timbul pada diri anda:-

Apakah cara terbaik untuk ke sana?
Adakah kesesakan lalu lintas?
Adakah lebih baik menaiki LRT atau bas, atau perlukah seseorang membawa saya ke sana?

Ternyata ada banyak pilihan yang boleh anda buat!
Justeru untuk mendapatkan pilihan terbaik, nilailah pilihan-pilihan yang sedia ada. Fikirkan apa yang perlu dan wajar dilakukan, kemudian buatlah keputusan.

Langkah-langkah sedemikian
merupakan proses yang dikenali sebagai perancangan. Perancangan boleh dibuat bagi jangka masa pendek, sederhana mahupun panjang.

Begitulah juga dengan perancangan kewangan, Cuma bezanya tempoh perancangan adalah lebih panjang. Sebaiknya, perancangan anda perlu menjangkau sehingga usia persaraan.

Perancangan
kewangan melibatkan persoalan-persoalan mengenai masa depan, impian dan matlamat anda. Ini
merangkumi apa yang anda mahukan dalam kehidupan, contohnya mendirikan rumah tangga,
membeli kereta atau rumah, mendapat cahaya mata dan membiayai pelajaran mereka.
Untuk memenuhi hasrat dan impian ini, anda perlu merancang dari segi kewangan. Dalam perancangan kewangan, anda akan melihat bagaimana perlunya menyediakan bajet atau belanjawan, menabung dan membelanjakan wang anda sepanjang masa.

Langkah-Langkah Dalam Perancangan Kewangan

Terdapat lima langkah penting dalam proses perancangan kewangan:

1. Menilai kedudukan kewangan anda sekarang.
2. Menetapkan matlamat.
3. Menyediakan pelan kewangan.
4. Melaksanakan pelan tersebut.
5. Memantau dan menilai semula.

Sunday, March 6, 2011

Menetapkan Bajet Anda

Selepas memahami hubungan anda dengan duit dalam artikel pertama, mari kita buat satu perancangan kewangan yang mudah tetapi efektif, atau dalam dunia kewangan ia lebih dikenali sebagai Bajet. Topik ini mungkin sudah banyak ditulis sebelum ini tetapi ia amat penting ditekankan sekali lagi di sini kerana tidak ramai rakyat Malaysia yang memilikinya.

Apa itu Bajet?

Bajet hanyalah satu pelan perbelanjaan anda (ha, seronok bukan?). Ya, kebanyakan kita suka berbelanja tetapi tidak ramai yang dapat mengawal perbelanjaan mereka. Bajet adalah satu cara untuk mengimbangi duit yang anda miliki dengan duit yang anda belanjakan. Anda membuat satu perancangan dengan membuat pilihan. Anda putuskan pada apa yang anda akan belanjakan, berapa banyak yang akan dibelanjakan dan berapa banyak yang anda akan simpan.

Pelan anda berdasarkan pada pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan ialah duit yang masuk ke dalam poket anda. Perbelanjaan ialah perkara yang mengambil duit dari poket anda. Oleh kerana pendapatan setiap orang berbeza, pelan anda perlu padan dengan situasi anda (atau poket anda!). Bajet anda diasaskan kepada Matlamat, Keperluan dan Kehendak.

Mari kita lihat beberapa contoh:

MATLAMAT

KEPERLUAN

KEHENDAK

Memiliki sebuah Kereta

Memiliki sebuah Rumah

Berkahwin

Perniagaan sendiri

Memberikan pendidikan yang baik untuk anak

Pencen dengan selesa

Bersedekah

Makan Minum

Tempat Tinggal

Pakaian

Masa berkualiti dengan keluarga

Kereta/Motosikal

Telefon mudah alih

Komputer

Makan malam yang mewah

Banglo seperti-rumah peranginan

Pakaian mahal berjenama

Percutian mahal

Kereta mewah

Telefon canggih yang terkini

Komputer yang tercanggih

Dan lain-lain lagi...

Seperti yang anda boleh lihat di atas, kadang kala sukar untuk membezakan antara Keperluan dan Kehendak. Semakin lama, keperluan asas kita mungkin berkembang lebih daripada makan dan minum, tempat tinggal dan pakaian. Seorang juru jual mungkin akan melakukan kerjanya dengan lebih efektif dengan sebuah kereta (melainkan sistem pengangkutan awam kita amat efisien!). Pada zaman IT masa kini, telefon mudah alih adalah praktikal dan penting (malah murid sekolah juga berpendapat begitu!), begitu juga dengan komputer. Namun, terdapat kereta yang berharga RM30,000+, sementara ada juga yang RM300,000+; telefon mudah alih yang berharga RM100+ dan yang lain berharga RM1,000+ dan komputer yang berharga RM1,000+, sementara yang lain sehingga RM10,000+!

Kita cuma Perlu beberapa perkara tetapi Kehendak kita tiada penghujungnya! Sukarkah untuk membezakannya sekarang???

Mengapa Saya Perlu Ada Bajet?

Sesiapa yang ada pendapatan dan perbelanjaan, perlukan bajet. Perancangan boleh membantu anda menggunakan duit untuk mencapai matlamat anda. Anda boleh mempelajari dan melatih kemahiran yang diperlukan untuk membuat bajet. Pelan kewangan ini akan membantu anda mengawal kewangan anda. Anda dapat mengelak daripada masalah kewangan dan capai matlamat anda dengan lebih mudah.

Bagaimana Saya Boleh Mula Buat Bajet?

Untuk membuat satu perancangan kewangan, senaraikan Pendapatan dan Perbelanjaan Tetap anda, iaitu perbelanjaan yang tidak berubah dari bulan ke bulan, seperti sewa rumah, ansuran rumah dan kereta atau premium insuran. Perbelanjaan yang lain adalah Pemboleh Ubah, iaitu berubah-ubah dari bulan ke bulan, seperti bil air dan elektrik, pakaian atau hiburan.

Kemudian, anda perlu tahu bagaimana anda membelanjakan duit anda sekarang. Anda boleh buat begini dengan menulis apa yang anda beli dan berapa yang anda belanjakan. Ini akan mengambil masa dan usaha tetapi ia bermanafaat kerana, ia akan membantu anda melihat ke mana anda membelanjakan duit anda. Jangan terlalu terkejut dengan apa yang anda pelajari tentang diri anda dan duit anda!

Untuk 30 hari seterusnya, setiap kali anda berbelanja, catatkannya dalam buku perancangan (gunakan Excel spreadsheet, jika anda pandai teknologi), berapa yang anda belanja dan ke mana anda membelanjanya. Apabila anda membayar bil, mengisi minyak kenderaan, pergi menonton wayang, bersedekah/membayar zakat, malah membeli nasi lemak kegemaran anda daripada gerai makcik depan rumah anda, semuanya perlu dicatat.

Di hujung bulan, gunakan kalkulator untuk jumlahkan setiap kolum di bawah carta agar dapat lihat berapa banyak duit yang anda telah belanjakan dalam setiap kolum. Kemudian, jumlahkan semua kolum untuk melihat berapa banyak duit yang anda belanjakan dalam sebulan secara purata. Babitkan anak-anak anda juga kerana latihan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran matematik mereka tetapi, ia juga mendedahkan kepada mereka tentang konsep berbajet (namun satu amaran: mereka akan tahu bila masa yang terbaik untuk meminta permainan baru mereka!).

Bagaimana Saya Hendak Memutuskan Di Mana Untuk Berbelanja?

Dengan melihat semula spreadsheet/carta anda yang sudah siap, anda dapat melihat ke mana duit anda dibelanjakan. Membincangkan carta anda dengan kauselor atau dengan seorang yang anda kenal, yang mengurus duit dengan baik, adalah tindakan yang bijak.

Sebahagian besar duit anda digunakan untuk keperluan asas seperti makanan, rumah dan pakaian. Semua ini adalah keperluan dan anda akan sentiasa membelanjakan duit padanya untuk hidup tetapi anda boleh memilih berapa banyak yang perlu dibelanjakan. Perbelanjaan lain mungkin termasuk, membeli pakaian baru, pinggan mangkuk baru atau permainan baru untuk anak-anak anda. Ini pula adalah kehendak. Walaupun anda mungkin gemar membelanjakan duit cara ini, sebenarnya anda boleh hidup tanpanya.

Soalan berikut mungkin dapat membantu anda membuat keputusan tentang perkara yang perlu dilakukan:

  • Perbelanjaan manakah yang tidak boleh dipotong?
  • Berapakah perbelanjaan minimum yang saya perlukan untuk hidup?
  • Perbelanjaan yang mana satu ialah Keperluan dan yang mana satu ialah Kehendak?
  • Apakah yang akan berlaku jika saya menangguhkan beberapa perbelanjaan?
  • Bolehkah saya membeli barang pengganti yang lebih murah?

Sekarang, setelah anda mengkaji carta anda dan membincangkan soalan di atas, anda sudah bersedia untuk membuat bajet peribadi anda. Catatkan berapa banyak duit yang anda perlukan untuk setiap jenis perbelanjaan dalam sebulan. Sebagai contoh: RM300 untuk makan minum, RM100 untuk pengangkutan, RM50 untuk simpanan dan sebagainya.

Cuba tetapkan matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Sebagai contoh matlamat jangka pendek: hadkan duit untuk makan minum kepada RM10 sehari, naik bas/LRT daripada memandu ke tempat kerja dan baca surat akhbar (jiran anda) untuk mencari hiburan keluarga secara percuma. Contoh matlamat jangka panjang: simpan RM1,000 untuk membeli peti sejuk baru (model yang jimat tenaga dan mesra alam adalah ideal!), melangsaikan hutang atau mungkin berpindah ke kawasan perumahan baru (atau setengah orang mungkin berkata, balik kampung!)

Bagaimana Saya Dapat Mematuhi Bajet?

Ini adalah bahagian yang mencabar! Ia akan memerlukan latihan dan disiplin diri untuk mematuhi bajet anda. Hanya anda seorang saja yang boleh mematuhi perancangan anda. Di sini ada beberapa cadangan yang boleh membantu anda terus mematahi bajet anda:

  • Bayar bil yang diperlukan terlebih dahulu. Jika boleh, cuba aturkan supaya bil-bil anda tidak perlu dibayar serentak pada hari yang sama.
  • Simpan duit setiap bulan, tidak kira berapa jumlahnya. Anda cuma mahu jadikan ia tabiat.
  • Buat satu senarai sebelum anda pergi membeli-belah. Semasa anda membeli-belah, ingat perbezaan antara keperluan dan kehendak.
  • Buat perancangan terlebih dahulu dan beli barangan ketika ada jualan murah. Membeli-belah di kedai diskaun dan pasar lambak. Kongsi barangan yang boleh digunakan semula dengan keluarga dan rakan.
  • Jauhi daripada kedai atau tempat yang membazirkan duit anda!
  • Pelajari cara-cara menyimpan duit daripada keluarga dan rakan, dan patuhi satu pelan.
  • Rekodkan apa yang anda belanja dan berapa perbelanjaan anda. Jadikannya mudah dan senang untuk dibuat. (Tip: mungkin “buku kecil 555” amat berguna!)
  • Bandingkan rekod ini dengan perancangan kewangan yang anda telah tulis supaya anda boleh lihat jika anda telah mematuhinya.

Bilakah Perlu Saya Ubah Bajet Saya?

Jangan panik atau kecewa jika anda tidak dapat mengikut bajet anda sepenuhnya. Ia mengambil masa dan memerlukan latihan untuk mengubah sebarang tingkah-laku, lebih-lebih lagi tabiat berbelanja! Anda mungkin perlu mengubah bajet anda mengikut perubahan keperluan anda dan keluarga anda. Jika pendapatan anda bertambah atau berkurangan, anda perlu mengubahnya. Yang penting anda mempunyai satu pelan dan anda dapat mengurus kewangan anda.

Akhir sekali, sentiasa ingat untuk Mengamalkan Pengurusan Kewangan Berhemah Sebagai Budaya Hidup”

“SUMBER AKPK”

Hubungan Anda dengan Duit

“Perbelanjaan hidup saya jauh lebih besar daripada pendapatan, mungkin kami boleh dikatakan hidup berasingan.”

- e.e. Cummings

Jarang sekali kita mendengar orang bertanya kepada kita, “Bagaimana hubungan kamu dengan duit kamu?” Soalan ini agak sensitif tetapi secara jujur, jika anda diajukan soalan ini, bagaimana anda akan menjawapnya? Adakah anda berdua masih “bercakap” di antara satu sama lain, hidup berasingan atau yang lebih teruk lagi, “bercerai”? Memahami hubungan anda dengan duit amatlah penting dalam membantu anda menguruskannya dengan baik.

Bagaimana pula dengan Masa Silam Saya?

Untuk memahami hubungan anda dengan duit, mari imbas kembali sewaktu anda sedang membesar. Kemungkinan besar, persepsi anda tentang duit dibentuk oleh orang dewasa disekeliling anda. Anda mungkin mendapat pelbagai perasaan dan idea tentang duit daripada keluarga anda.

Jika ahli keluarga anda perlu bekerja keras, anda mungkin fikir bahawa membuat duit memerlukan kerja yang banyak dan berjam-jam. Jika ada perselisihan faham tentang duit, anda mungkin rasakan bahawa berbincang tentang duit membuatkan orang marah atau takut. Jika keluarga anda mendapat bantuan kerajaan, anda mungkin rasa sedih, berterima kasih atau malu. Jika anda mendapat duit ketika kecil, anda mungkin rasa seronok atau bersalah. Anda mungkin rasa seronok dengan memiliki wang anda sendiri atau dapat membantu keluarga anda. Anda mungkin marah kerana perlu bekerja.

Bagaimana pula dengan Hari Ini?

Kadang kala, anda boleh mengetahui bagaimana perasaan anda terhadap sesuatu dengan menghabiskan sesuatu ayat dalam perkataan anda sendiri. Cuba siapkan ayat-ayat berikut seberapa banyak yang anda boleh dan perhatikan perasaan anda semasa anda menyiapkannya:

  1. Ia amat mudah bagi saya untuk membelanjakan duit untuk.........................
  2. Ia amat sukar bagi saya untuk membelanjakan duit untuk..........................
  3. Saya suka mendapat duit kerana...............................
  4. Saya risau tentang duit apabila.................................
  5. Saya bertengkar tentang duit kerana................................
  6. Menyimpan duit membuatkan saya rasa............................
  7. Jika hari ini saya ada cukup duit, saya akan...........................
  8. Bercakap tentang duit membuatkan saya..........................
  9. Semasa saya membeli barang yang tidak saya perlukan, saya.....................
  10. Saya tidak tahu bagaimana hendak mengurus duit saya kerana.....................

Bagaimana pula dengan Esok?

Cara yang terbaik untuk merancang masa hadapan adalah dengan memahami keadaan anda yang dahulu dan sekarang. Dengan mengetahui tanggapan dan perasaan anda tentang duit akan membantu anda mengajukan persoalan-persoalan penting. Jawapan anda pula boleh membantu anda membuat keputusan yang baik. Cuba ajukan soalan berikut dan ambil sedikit masa untuk memikirkan jawapannya.

  • Berapakah jumlah duit yang cukup untuk keperluan dan kehendak saya?
  • Bagaimanakah saya hendak mendapat duit yang saya perlukan?
  • Bagaimana pula duit untuk kecemasan?
  • Bagaimana pula duit untuk semua barang keperluan keluarga saya?
  • Bagaimana saya boleh berhenti runsing tentang duit?

Bagaimanakah Perasaan Penduduk Malaysia Tentang Duit?

Anda perlu tahu tentang masa silam anda dan bagaimana ia memberi kesan kepada anda. Anda juga perlu memahami pengaruh persekitaran anda.

Umumnya, orang Malaysia menghargai duit. Kita selalu melihat kehidupan orang kaya dan ternama melalui filem, rancangan TV realiti, sukan, akhbar dan majalah. Tambahan pula, pengiklan menyuruh kita membeli, membeli dan terus membeli. Ramai orang beranggapan yang duit menjadikan mereka penting. Kita mula mempercayai yang “lebih baru dan lebih besar” adalah lebih baik. Kita lupa untuk merancang sebelum kita berbelanja.

Budaya kita membentuk pemikiran dan tingkah-laku kita. Mari kita dengan jujur tanya diri kita masing-masing: Tidakkah kita terfikir tentang orang-orang ternama dan ingin menjadi seperti mereka? Tidakkah tingkah-laku kita seperti watak yang kita lihat dalam TV, dalam filem atau pemain sukan (ya, anda semua yang mahu menjadi Beckham!)? Tidakkah kita membeli sesuatu kerana mahu menjadi seperti mereka yang berada dalam iklan tersebut (sesetengah orang mungkin mengakui yang baju kemeja-T Nike mereka sebenarnya memperbaiki permainan golf mereka!)?

Mengapa Orang Mahukan Duit?

Orang mahukan duit supaya mereka boleh hidup. Mereka mahukan duit untuk menjaga diri mereka dan keluarga mereka sendiri. Tetapi orang juga mahukan duit kerana budaya kita memberitahu bahawa: Duit menjadikan anda penting. Duit adalah keyakinan diri. Anda adalah pendapatan anda.

Budaya kita juga memberitahu kita bahawa memiliki banyak benda akan menggembirakan kita. Apa yang kita lihat dan dengar, mencadangkan bahawa kita boleh membeli perasaan. Jika kita mengambil perhatian akan semua ini, jiwa kita boleh jadi kosong. Kita boleh menjadi muflis atau tidak gembira.

Apa Yang Duit Boleh Buat atau Tidak Boleh Buat?

Walaupun budaya kita mengatakan bahawa duit adalah jawapan kepada segala masalah kita, kita juga mendengar yang duit itu jahat: Duit adalah punca segala kejahatan. Duit menghancurkan! Mari kita lihat apa yang duit boleh buat dan tidak boleh buat:

“Ia boleh membeli sebuah rumah, tetapi bukan keselamatan.

Ia boleh membeli sebuah katil, tetapi bukan tidur.

Ia boleh membeli sebuah jam, tetapi bukan masa.

Ia boleh membelikan anda buku, tetapi bukan ilmu pengetahuan.

Ia boleh membelikan anda kedudukan, tetapi bukan penghormatan.

Ia boleh membelikan anda ubat, tetapi bukan kesihatan.

Ia boleh membelikan anda darah, tetapi bukan nyawa.”

Anda lihat, Duit bukanlah segalanya!

Apa Yang Duit Boleh Dapatkan Untuk Saya Hari Ini?

Dengan duit anda boleh menguruskan makan minum, tempat berteduh dan pakaian anda. Semua orang memerlukan semua ini untuk hidup. Anda juga menggunakan duit untuk perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan, penjagaan anak, pengangkutan, insuran dan pendidikan. Anda memerlukan banyak benda yang anda miliki dan perkhidmatan yang anda beli. Belian yang lain adalah kehendak – sebuah kereta baru, makan di luar, pakaian berjenama, percutian atau hanya cuba bersaing dengan jiran kita.

Kuncinya bukan berapa banyak duit yang anda miliki tetapi bagaimana anda menggunakannya. Perbelanjaan anda perlu mengikut nilai-nilai anda. Nilai-nilai murni andalah yang penting bagi anda. Ini memerlukan perancangan dan latihan. Melainkan anda menggunakan duit sebagai alat, dengan mudah ia boleh menjadi perangkap!

Apakah Yang Duit Dapat Buat untuk Masa Depan Saya?

Pilihan yang anda buat hari ini boleh mengubah masa depan anda. Apabila anda melakukan yang berikut, anda bukan hanya merancang untuk minggu depan, bulan depan atau tahun depan tetapi seumur hidup:

  • Memilih untuk berbelanja atau tidak berbelanja
  • Menyimpan duit untuk simpanan kecemasan
  • Belajar kemahiran baru untuk mendapatkan atau mengekalkan pekerjaan
  • Melangsaikan hutang
  • Menjadi pembayar hutang yang baik supaya anda boleh mendapat pinjaman yang besar seperti pinjaman kereta atau rumah
  • Mengajar anak-anak dan ahli keluarga tentang penggunaan duit yang betul

Begitulah! Sehingga anda mempunyai hubungan yang baik dengan duit, anda tidak akan boleh hidup bersamanya. Seperti pepatah ada mengatakan, “Seorang bodoh dan duitnya tidak akan kekal lama bersama.”

Minggu depan, kami akan membantu anda membuat perancangan kewangan yang betul dengan menetapkan bajet. Ia adalah suatu yang semua orang patut miliki tetapi tidak, sekurang-kurangnya belum lagi. Sehingga kita berjumpa lagi, mari “Mengamalkan Pengurusan Kewangan Berhemah Sebagai Budaya Hidup.”

“Sumber AKPK”