Friday, October 29, 2010

Buat loan bank untuk beli emas. Untung ke?


Antara soalan-soalan cepu emas yang saya selalu terima melalui emel ialah:

“Saya berminat nak membeli emas, tapi sekarang modal tak der lagi.Cammana kalau saya buat loan bank? ok ke?

So saya akan memberikan jawapannya di dalam posting ini

Untuk orang yang nak buat pinjaman bank, ini jer petuanya…
"Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya"
"Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin".

Mudah kan?

Sebelum anda buat pinjaman bank, cuba buat kira-kira sket, tanya diri sendiri.

“Adakah aku akan bertambah kaya dengan loan nie? Atau bertambah beban nak bayar installment bulanan?”


Selepas itu baru anda akan sedar bahawa pinjaman ini baik untuk kesihatan kewangan anda atau sebaliknya.
Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas. Di sini adalah analisis saya berdasarkan data yang sebenar..



Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10,000 selama 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sampai April 2007.
Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13,620.00

Bank akan dapat untung sebanyak RM3620.00 (bersamaan 36.30%) selepas 5 tahun.

Katakan dengan loan RM10,000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002)
Harga Kijang Emas 1 Oz ketika itu ialah RM1244.00


Jadi anda dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz


Harga boleh rujuk di sini...




Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu telah naik menjadi RM2351.00 (2/4/2007).


Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga RM2351.00 x 8 = RM18,808!

Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00!

Anda untung 51.88%


Katakan anda tak nak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini (23/7/2008).


Berapa untungnyer? Jom kira…

Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit


Jadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!!


Keuntungan bersih anda ialah RM12,044!!dalam masa 6 tahun (bersamaan 120%)
Kesimpulannya…

Saya dapat simpulkan bahawa pinjaman bank yang digunakan untuk membeli emas mampu memberikan pulangan yang menarik. So, betullah orang tua-tua cakap. Beli emas nie tak rugi…

Ok, apa tunggu lagi… buat loan bank dan beli emas

Jangan pinjam along dah ler…

Monday, October 25, 2010

EMAS YANG DIJUAL

EMAS 999.9%
20 GRAM
50 GRAM
100 GRAM
EMAS 916%
1 DINAR
5 DINAR
10 DINAR
CALL 017-6627276

Saturday, October 23, 2010

Keuntungan Lumayan melalui jual beli emas part 1

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Saya pasti anda semua ingin mengetahui bagaimana menjana keuntungan melalui aktiviti jual beli emas.

Memandangkan terdapat banyak cara membuat keuntungan daripada business emas nie, maka saya kupas topik ini kepada beberapa bahagian.

Ini ialah bahagian pertama artikel ini.

Untuk pengetahuan anda, berapa banyak pendapatan yang anda akan perolehi daripada aktiviti trading emas ini bergantung kepada beberapa faktor iaitu:

1. Ilmu pengetahuan anda berkenaan emas.
2. Modal yang anda ada
3. Networking anda (berapa ramai supplier, buyer dan investor yang anda kenal)
4. Kejujuran/trustworthy (sejauh mana orang percaya kat anda)
Ok, sekarang kita lihat antara kaedah buat duit dalam trading emas nie:
Kaedah Pertama:

Beli emas fizikal pada harga rendah dan jual pada harga tinggi.


Emas fizikal pilihan; syiling emas, Dinar dan gold Bar.

Ini adalah kaedah yang termudah sekali. Anda beli emas fizikal seperti Syiling Kijang Emas, Dinar Emas, syiling emas dari UOB Bank, Poh Kong Bunga Raya, PAMP Suisse gold bar kemudian simpan.

Apabila harga naik melepasi target keuntungan anda maka anda boleh jual balik kat bank atau kedai emas dan mendapat keuntungan.
Contoh bagi Kijang Emas:

Berdasarkan kepada jadual diatas, anda dapati harga Kijang Emas memang naik. Tapi untuk membuat untung, anda sendiri yang tentukan
Kebaikan:1. anda berkemungkinan boleh menjual dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran kepada orang yang berminat nak beli. So boleh tambah profit lagi

Kelemahan:1. Kalau anda nak pakai kaedah beli harga rendah dan jual harga tinggi utk jangkamasa pendek, maka tak berapa sesuai guna emas fizikal. Ini kerana syiling emas nie produk yang hot. Selalu out of stock. So takut nanti bila nak beli balik stok dah tak ada.

Kaedah kedua:



Buat loan bank semaksima mungkin (antara 5 ke 10 tahun) dan beli syiling emas 1Oz seperti Kijang Emas, Syiling Emas dari UOB Bank atau Dinar Emas.

Dengan membuat pinjaman, anda boleh membeli emas dengan kuantiti yang lebih banyak. Untung pun InsyaAllah banyak

Kemudian simpan syiling emas berkenaan sehingga loan habis bayar. Anda akan mendapati kenaikan harga emas tersebut akan cover duit loan dan akan berikan anda keuntungan.
Kaedah ketiga:
Membeli dan menjual emas melalui Public Bank Gold Investment Account.

Public Bank menjual emas mengikut pergerakan harga emas dunia(spot gold + exchange rate bank + untung bank).
Anda boleh membuat keuntungan yang menarik melalui kaedah Ini.
Caranya ialah membeli emas apabila harga turun dan menjual kembali apabila harga emas naik.
Memandangkan perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (RM3) maka anda boleh mendapat keuntungan lumayan jika harga emas naik melebihi RM3.
hehehe.. mari kita lihat contoh sebenar:

Pada 12/9/2008 harga jualan emas Public Bank ialah RM85.99/gram

Pada 19/9/2008 harga emas naik menjadi RM92.71/gram


Ini adalah keuntungan RM6.72/gram (7.81%) dalam masa seminggu!
Katakan anda membeli 302 gram emas, dan anda jual balik 300 gram pada 19/9/2008(kena simpan min 2 gram dalam akaun) maka
anda akan untung RM6.72 x 300 = RM2016.00!!
Kemudian, nak dijadikan cerita, harga emas terus naik daripada 19/9/2008…Setelah 2 minggu (26/9/2008) harganya mencecah RM96.27


Ini adalah keuntungan RM10.28/gram (11.95%) selepas 2 minggu!!!
Dalam tempoh 2 minggu sahaja 300 gram emas yang anda beli kat Public Bank akan memberikan keuntungan sebanyak RM3084.00(RM10.28 x 300 gram = RM3084)
Kalah dividen setahun ASB betul tak?

Jika anda nak tahu harga semasa Gold Investment Account Public Bankklik sini: http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

Kebaikan:

1. Takder masalah stok abis. Mudah dibeli dan dijual balik kat bank.
2. Public Bank ada di seluruh Malaysia, so anda mudah nak pergi beli
3. Kos membuka akaun yang rendah (cuma beli 20 gram permulaan)
4. Dalam jangkamasa panjang emas akan naik harga, so cepat atau lambat anda tetap akan untung.
Kelemahan:
1. Kena pandai baca timing, bila nak beli dan bila nak jual. Anda kena peka terhadap tinggi rendah harga emas bulanan dan tahunan. Once anda dah mahir timing.. hehehe.. anda akan kaya (err.. tengok modal jugak lah..)
Ok, itu sahaja untuk part 1.
(petikan web.jutawanemas.com)

Thursday, October 14, 2010

PELABURAN EMAS VS ASB

ok saya akan memberi contoh pengiraan pelaburan asb dan emas secara ringkas
Contoh pengiraan pelaburan asb...........

jumlah pelaburan = RM 50,000.00

anggaran pulangan setahun = 9%

keuntungan setahun = RM 4500.00

Contoh pengiraan pelaburan emas (rujuk http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141&lang=en&StartMth=10&StartYr=2009&EndMth=10&EndYr=2010

jumlah pelaburan = RM 50708.00 (1oz RM 3622 * 14 pcs harga sell pada 1/10/2009)

harga jualan = RM 60760.00 (1oz RM 4340 * 14 pcs harga jual pada 15/10/2010)

keuntungan setahun = RM 10052.00 ( harga jual RM 60760.00 -harga beli RM 50708.00)

kesimpulan

- emas boleh memberi keuntungan yang maksimum untuk jangka masa panjang.

- setiap tahun harga emas semakin meningkat

- emas boleh mengelakkan inflasi

- emas adalah kekayaan sebenar bagi penyimpannya

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya untuk lebih mendalami ilmu emas 0176627276 or email shakirahgoldtrading@gmail.com

-

Tuesday, October 5, 2010

Emas ganti wang

metro isnin 4/10/2010



"rakyat myanmar yang hidup tertekan dibawah junta tentera lebih rela menyimpan emas berbanding wang demi masa depan mereka"



Myanmar dibelenggu inflasi junta jentera cetak leibh banyak wang biayai perbelanjaan kerajaan.



suri rumah berkerumun di kaunter barang kemas di Chinatown, Yangon tetapi ia bukanlah kerana fesyen



Di kawasan berhampiran Shwe Bontha Street , nadi pasaran emas sejak zaman kolonial Nyan Tun (bukan nama sebenar) lebih daripada seorang perniaga.. Dia dianggap ' pegawai bank tidak rasmi ' di negara di bawah pimpinan tentera itu.



Biasanye pembeli utama ialah golongan petani. Mereka akan membeli emas dengan sedikit lebihan wang untuk dijual sebelum musim menuai berikutnya



Pembeli kedua ialah suri rumah yang gemar membeli barang kemas sebagai simpana.



Krisis ekonomi global mungkin menyemarakkan semula keraguan terhadap bank seluruh dunia. Tetapi di Myanmar keraguan itu sekian lama dirasai dan penyimpan memang tiada keinginan untuk menyimpan wang dalam sistem perbankan yang agak murdur di negara itu.



Lagipun tidak banyak yang mampu disimpan rakyatnye. Pengurusan ekonomi yang kurang baik sekian lama, ditambah pula dengan kekangan dan pemulauan di pihak antarabangsa, menyebabkan penduduk negara berkenaan bergelut untuk meneruskan kehidupan seharian dan menghadapi masalah harga pengguna yang melambung tinggi.



Antara 2005 hingga 2009 kadar inflasi tahunan di Myanmar dulu dikenali sebagai burma, berada pada kadar 20 peratus, menurut bank pembanguan Asia.



' jika kami mahu menangani masalah inflasi belilah emas. jika kami menyimpan dibank kami akan rugi."



orang ramai mempunyai kepercayaan yang tinggi pada emas sebagai penyimpan nilai kata Nyan Tun yang memohon namanya tidak disiarkan di media bagi mengelakkan sebarang masalah.



menurutnya, nilai timbangan ticak emas meningkat lebih daripada 30 kali ganda dalam mata wang tempatan iaitu kyat sejak dia mula menjadi perniaga emas pada akhir 1980-an.



Sean Turnell, pakar ekonomi Myanmar di Universiti Macquarie, Sydney berkata peningkatan mendadak harga barangan pengguna disebabkan tindakan kerajaan berkenaan yang mencetak lebih banyak wang untuk membiayai perbelanjaannye.



Lambakan khazanah semulajadi termasuk emas, gas, kayu jati, minyak, jedd dan batu permata mampu menjadikan negara berkenaan kaya satu ketika dulu sebelum berada di bawah pemrintahan tentera pada 1962.



Namun, Myanmar kekal sebagai sebuah negara paling kurang membangun di dunia, dengan hampir 1/3 daripada penduduknya hidup dibawah garis kemiskinan menurut angka bank dunia.



keadaan fiskal sepatutnya baik. tetapi mereka (pemerintahan tentera) tidak memanfaatkan wang yang mereka peroleh daripada gas untuk kegunaan awam yang bijak. Dana terbabit tidak direkodkan. kata Turnell merujuk kepada pendapatan daripada bekalan gas yang sepatutnya membiayai perbelanjaan kerajaaan.



ada yang mempercayai pilihan raya pertama Myanmar agak kontroversi dalam temp0h 20 tahun, dijangka pada 7 november ini akan membawa perubahan ekonomi yang sangat diperlukan.



Golongan pemerintah akan tetap sama, jadi tiada banyak perubahan yang akan berlaku" kata Nyan Tun yang kini dalam lingkungan usia 50-an.



Bagaimanapun terdapat sedikit perubahan dalam landskap ekonomi menjelang pilihan raya terbabit dengan pihak junta memulakan pelbagai penswastaan syarikat dan hartanah.



termasuk dengan penjualan aset ini dengan pelabuhan, kilang dan panggung wayang, empat konglomerat dikendalikan ahli perniagaaan yang mempunyai hubungan baik dengan pihak junta di beri lesen untuk memulakan bank baru.



menurut Turnell, kronoisme yang ketara dalam perkembangan yang terkini menunjukkan negara terbabit beranjak dalam arah yang agak aneh. Bagi warga myanmar biasa masih tiada kestabilan ekonomi atau pilihan yang baik untuk penyimpan harta mereka yang boleh dipercayai.

emas sekian lama menjadi aset simpanan utama, insurans ulung terhadap polisi kerajaan. ia kembali ke zaman kolonial.

menerusi peranan penting yang dimainkan lagam berharga berkenaan, regim terbabit terus mengawasi dagangannya dengan teliti. Nyan Tun berkata, polis cawangan khas yang berpakaian biasa muncul di Shwe Bontha Street dan memberi tekanan kepada perniaga supaya behenti menjual emas apabila harga naik.

mungkin kerajaan fikir inflasi disebabkan oleh harga emas tetapi sebenarnya, keadaan berlaku sebaliknya.

harga emas adalah indeks iflasi untuk rakyat. rakyat tidak tahu kaedah lain yang boleh digunakan untu menilai inflasi ini kerana kerajaan tidak memberi sebarang penjelasan.

sistem perbankan Myanmar masih tidak pulih daripada krisis besar pada 2003 yang menyaksikan tiga bank ditutup.

buat masa ini emas kekal sebagai simpanan paling selamat di Myanmar - itu juga satu sebab penjual ikan memakai rantai emas di leher.

Emas ini satu-satunya benda yang boleh dipercayai rakyat di negara ini . kata pengarang bahagian perniagaan

kesimpulan


1) membeli & menyimpan emas adalah satu kaedah & cara yang bijak bagi menangani masalah inflasi dan simpanan yang paling selamat

2) memberi keuntungan yang berlipat kali ganda ini kerana harga emas semakin hari akan meningkat.

3) tidak akan dimamah oleh zaman walaupun beribu tahun ini kerana ia adalah anugerah oleh Tuhan untuk manusia.

4) Emas mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang di seluruh dunia.

"abu bakar ibn abi maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullulah S.A.W bersabda:
' akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah dinar dan dirham'"

(Musnad Iman Ahmad Ibn Hanbal)