Thursday, September 30, 2010

PUBLIC FINE GOLD INTERNATIONAL SDN BHD

Public Fine Gold merupakan sebuah syarikat tempatan yang mengeluarkan sendiri emas pelaburan dan dijual mengikut harga pasaran antarabangsa.

Syarikat ini beralamat di Penang:

Public Fine Gold International Sdn Bhd (818840-U)
12E Ground Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang
http://www.publicgold.com.my/

Tel: 04-6449999

Public gold menjual jongkong emas yang beratnya 20 gram, 50 gram, 100 gram dan juga 1 kilogram. Manakala syiling emas 50 gram. Selain itu public gold juga menjual 1 dinar, 5 dinar & 10 dinar serta barang kemas (maklumat lanjut boleh layari laman web)

Setiap emas yang dikeluarkan oleh public gold akan mempunyai sijil ketulenan yang disahkan oleh " certified assayer".

Apa yang menariknya ialah harga emas public gold akan berubah setiap 20 minit mengikut harga emas antarabangsa.

Dengan kata lain anda boleh melihat sendiri harga emas secara 'live' di laman web Public gold atau membeli terus daripada agen-agen public gold di kawasan anda.

KELEBIHAN EMAS PUBLIC GOLD

1- stok sentiasa ada

2-harga mengikut harga antarabangsa

3-mempunyai agen di seluruh malaysia. memudahkan anda untuk membeli kerana agen sendiri akan menghantar kepada anda.

4-harga jual & harga beli rendah

5-memberi jaminan akan membeli semula samaada calar, kemek, bengkok asalkan berat tetap sama.

6-boleh dipajak di agrobank jika memerlukan wang tunai

untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya 0176627276 or email m.hafdipublicgold@yahoo.com

Friday, September 24, 2010

Salam 1 malaysia...........
alhamdullilah syukur kepada Allah yang maha esa kerana diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini........
semoga amal ibadat yang kita lakukan di bulan ramadhan akan diterima dan diberkati oleh Allah S.W.T amin........ dan disambung pula puasa sunat 6 di bulan aidilfitri..........
sebenarnya saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai ilmu pelaburan emas fizikal yang mana ia boleh memberi keuntungan pada masa hadapan.......

terdapat beberapa cara yang kita boleh lakukan untuk membuat pelaburan emas ini....

sebelum itu saya ingin mengingatkan para pembaca setiap perkara yang kita lakukan semestinya kita memerlukan ilmu untuk meneliti baik dan buruk sesuatu perkara yang kita lakukan supaya kita dapat membuat pilihan yang tepat sekurang-kurangnya ia dapat meminimumkan risiko yang kita hadapi....

Kaedah pelaburan emas terbahagi kepada 2 bahagian iaitu

1- Emas fizikal bermaksud kita dapat memegang dan memiliki emas tersebut.

2- Emas maya bermaksud kita tidak dapat memegang emas tersebut.

Emas fizikal

Pada masa kini terdapat pelbagai bentuk emas fizikal yang dijual di Malaysia


1) Barang kemas


Barang kemas ialah barang penghiasan yang pelbagai bentuk seperti cincin, rantai leher, gelang, dan subang. Ia amat mudah untuk diperolehi terdapat banyak kedai emas yang menjual barang kemas ini.


Contoh beberapa kedai emas yang populor di malaysia ialah Poh kong, Habib juwel, Tomie dan sebagainya




Bagaimana ia memberi keuntungan?


Barang kemas hanya sesuai untuk pelaburan jangka masa panjang. ini kerana perbezaan harga jual dan beli adalah tinggi lebih kurang 15% hingga 20%. Sekurang-kurangnya anda perlu menunggu selama 5 tahun untuk menjan keuntungan.

Tetapi anda tidak perlu risau ini kerana jika anda memerlukan cash ia boleh digadai di mana-mana yang menyediakan pinjaman Ar rahnu.



2) Kijang Emas



Kijang emas merupakan syiling emas (999.9%) yang dikeluarkan oleh Bank Negara dan ia hanya boleh dibeli di Maybank tertentu sahaja. Ia terdiri daripada 3 saiz iaitu 1oz (31.1 gram), 1/2oz (15.55 gram) dan 1/4oz (7.775 gram)


Bagaimana ia memberi keuntungan?


Pelaburan melalui kijang emas lebih menguntungkan berbanding emas public gold ini kerana harga jual dan harga beli yang amat rendah.


Syiling kijang emas ini bagi pandangan saya amat sesuai untuk pelaburan jangka masa panjang tetapi ia juga bergantung kepada harga kemungkinan dalam masa 2-3 bulan ia telah mencapai sasaran yang anda telah tetapkan.