Friday, August 20, 2010

JANGAN MAKAN MELAINKAN DRP HASIL TANGAN & SUMBER YG HALAL


Setiap pengkaji mazhab al-Syafii pasti mengenal nama Imam Abdul Malik bin Abdullah bin Yusuf Al-Juwaini (419-478 H), lebih dikenal dengan panggilan Imam Al-Haramain. Beliau seorang ulama besar mazhab al-Syafii yang banyak berjasa dalam perkembangan ilmu-ilmu keislaman di dunia Islam abad ke-5 hijriah.

Imam ahli hadis yang hidup bersamanya di kota Nisabur, Al-Hafiz Abdul Ghafir Al-Farisi, memujinya dengan berkata, "Beliau imam semua imam secara mutlak, disepakati keimamannya di belahan timur dan barat." Cukup untuk menunjukkan kebesaran beliau, Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali pergi dari kota Thus ke Nisabur untuk menimba ilmu darinya.

Kebesaran ini tidak dapat dipisahkan dari jasa besar ayahnya (Imam Abdullah bin Yusuf al-Juwaini) yang sangat memperhatikan pertumbuhan jiwa anaknya jauh sebelum anak itu dilahirkan. Sejak menikah, Imam Al-Juwaini selalu memastikan nafkah yang diberikan kepada isterinya benar-benar halal dan bersih dari syubhah, apalagi haram. Dan setelah anaknya lahir, ia juga tidak pernah mengizinkan orang lain menyusui anaknya selain isterinya. Hal ini untuk memastikan tubuh anak itu tidak bercampur sesuatu yang tidak dapat dipastikan kehalalannya.

Imam Ibn Khillikan dalam kitab "Wafayat Al-A'yan" bercerita bahwa suatu hari ayah Imam Al-Haramain pulang dari tempat kerja dan mendapati isterinya sedang sakit. Ia melihat seorang jirannya sedang menyusui anaknya yang sedang menangis. Ayahnya sangat marah. Ia lalu membalikkan tubuh bayi itu, menekan perutnya, bahkan memasukkan jari ke dalam mulutnya sehingga anak itu memuntahkan apa yang diminumnya. Al-Juwaini berkata, "Saya lebih suka melihat anak ini mati daripada tubuhnya dirosakkan dengan susu orang lain yang tidak diketahui kehalalannya."


Makna Halal

Pada bulan suci Ramadan ini, sengaja saya memilih bahasan tentang makanan halal agar kita mengkaji kembali apa yang kita makan dan yang kita berikan kepada keluarga kita. Masalah ini sangat penting sebab Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya Allah Maha Baik (thayyib) dan hanya menerima yang baik-baik sahaja. Sesungguhnya Allah Swt memerintahkan kaum mukminin (perintah yang sama) dengan para rasul. Allah berfirman, "Wahai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang saleh." (Qs Al-Mu'minun: 51). Dan Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu." (Qs Al-Baqarah: 172). Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah.

Dari sini, Imam Ahmad berpendapat bahawa makan merupakan aspek terpenting dalam agama.Kesan makanan haram terhadap akhlak dan perangai manusia juga dijelaskan oleh Imam Sahl bin Abdillah al-Tustari, "Barang siapa yang memakan makanan yang haram, anggota tubuhnya akan melakukan maksiat, mahu tidak mahu, sadar atau tak sadar. Dan barang siapa yang makanannya halal, semua anggota tubuhnya akan tunduk kepadanya dan ia akan diberikan taufik menuju perbuatan baik."

Dari sini, kita boleh menyimpulkan bahawa seorang anak yang sejak kecil selalu makan dari yang haram atau syubhah, perkembangan akhlak dan spiritualnya akan terjejas. Bahkan tidak mustahil ia akan berjalan ke arah gejala sosial yang memadah muka keluarganya.

Setiap kali saya membaca kisah-kisah penyimpangan remaja masa kini yang berkaitan dengan seks bebas, penyalahgunaan dadah, kekerasan dan kes-kes lainnya, terbetik pertanyaan di benak saya, "Adakah kaitannya semua ini dengan makanan mereka sejak kecil?" Boleh jadi, terutama dalam sistem kehidupan moden kita yang tak boleh lepas dari riba.

Peranan ibu bapa dalam menghindari terjadinya penyimpangan remaja ini sangat penting, salah satunya dengan memastikan nafkah halal sahaja yang diberikan kepada anak-anaknya. Jika anda benar-benar sayang kepada anak, maka jadikan ucapan Ibn Al-Mubarak sebagai kaedah pencarian rezeki, "Menolak satu Dirham yang syubhah jauh lebih baik daripada bersedekah dengan 600 ribu Dirham."

Tergagap

Kembali kepada kisah Imam Al-Haramain sebagaimana diceritakan oleh Ibn Khillikan dan Tajuddin Al-Subki. Suatu ketika dalam suatu majlis diskusi, tiba-tiba Imam Al-Haramain dilihat agak tergagap dalam menjawab pertanyaan. Belum pernah terjadi hal itu selama beliau menghadiri semua majlis diskusi dan perdebatan. Seseorang lalu bertanya tentang sebab ketergagapan tersebut. Imam Al-Haramain menjawab, "Ini kesan dari sisa-sisa susu yang aku minum pada hari itu." Wallahu a'lam.

petikan drp Artikel Mahmudah tulisan Syikhana Us UmarMajalah Solusi
by Ustaz Zahazan Mohamed on Saturday, 21 August 2010 at 13:06

Wednesday, August 18, 2010

Di sini, Dinar dan Dirham : Di sana, Dengki dan Dendam




Kadang-kadang tingkah laku pemimpin UMNO ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan,itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh UMNO. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin UMNO 'menunjuk cerdik' memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.

Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai 'budaya pemalas', akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.

Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin UMNO untuk menghentam langkah ini. Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.

Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika UMNO / BN enggan memulakan,jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah mata wang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade.Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan.Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak.Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!

Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya,seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas. Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.

Realitinya mata wang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulahnilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.

Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini taraf pemikian seorang timbalan menteri, apapula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.

Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkandengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1, 082.00. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.00. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM 108,200.00 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400.00. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbanganyang rugi RM535 Juta pada suku kedua tahun ini!

Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duititu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.

Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usahakerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnisyang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai 'aparteid agama'.Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagiwanita? Itu aparteid apa namanya?

Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!

Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadhan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud :

"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu(ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan."

Salam Ramadhan.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 8 Ramadhan 1431H / 18 Ogos2010M

Tuesday, August 17, 2010

Dengki, punca dinar Kelantan ditentang - Nik Aziz



KOTA BHARU, 18 Ogos: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan mempolemikkan penggunaan dinnar emas dan dirham perak di Kelantan adalah disebabkan sifat hasad dengki dan pihak tertentu.


Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tidak melihat penentangan penggunaan dinar dan dirham tersebut mempunyai asas yang kuat selain dendam politik Umno terhadap kerajaan PAS negeri itu.


“Tetapi kerana hasad dengki menyebabkan mereka menentang walaupun yakin perlaksanaan itu betul.“Mereka pertikai atas dasar politik semata-mata walaupun dengan hujah yang kabur,” ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS.


Jelasnya, sepatutnya perkara itu tidak menjadi isu apatah lagi kepada orang Islam kerana dinnar emas dan dirham perak sudah diguna sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi.


Beliau berkata demikian ketika ditemui di JKR 10, di sini semalam.Mengulas lanjut beliau berkata, kerajaan pusat sepatutnya menyokong usaha yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan yang berhasrat untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam.


mereka terpaksa melawan dan menentang pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan.


“Mereka terus melatah kerana berasa sengal dengan usaha kerajaan Kelantan berusaha melaksanakan syariat Islam termasuk sistem kewangan,” ujarnya.


Usaha Kelantan mengeluarkan dinnar emas dan dirham perak jelasnya adalah bagi menjaga sistem kewangan agar tidak berterusan dimonopoli barat.


Negara Islam katanya perlu membuktikan kepada barat bahawa Islam mempunyai mata wangnya sendiri.Dalam pada itu, kerajaan negeri juga akan mengeluarkan sebuah buku mengumpulkan pandangan-pandangan alim ulama berhubung penggunaan dinnar emas dan dirham perak.


Buku yang bakal disusun oleh kerajaan negeri itu juga akan mengumpulkan hasil tulisan dari kitab-kitab jawi dan Arab yang telah mendedahkan masaalah kewangan dalam Islam.Masyarakat Kelantan antara yang gemar membeli dinnar dan dirham untuk simpanan terutama golongan wanita.Dalam usaha menggalakkan penggunaannya,


Tuan Guru memberitahu akan membayar zakat fitrahnya tahun ini dan masa akan datang menggunakan dinnar.

Wednesday, August 4, 2010

MENGAPA ANDA PERLU MENYIMPAN EMAS?..

salam sejahtera..................

terima kasih kerana membaca.......................

sebelum saya menceritakan cara-cara bagaimana untuk membuat keuntungan dengan emas, penting bagi kita untuk mengetahui kenapa dan mengapa kita perlu menyimpan emas

jawapannya ialah...............

1.emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2.harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang
3.nilai mata wang kertas sentiasa jatuh dalam jangka masa panjang
4.aset yang terunggul
5.ia tidak boleh dimanupulasikan

Emas ialah kekayaan yang sebenarnya...?

emas menjadi pilihan mannusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang mesir telah menggunakan jongkong emas yang dicop nama firaun sebagai wang.......

Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:

1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan niliainya.
5. Ia amat sukar diperolehi.

Pada zaman silam, emas menjadi simbol kekayaan dan kekuasaan. sesiapa sahaja yang memiliki emas akan dianggap kaya dan berkuasa. Jika kita memiliki banyak emas padda zaman ini. Kita juga dianggap kaya heheheehhehe.....

Selain itu juga emas ini tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan.. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana didalam jangka masa panjang kesemua benda itu akan binasa...

Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul......

SURAT PERLANTIKAN SEBAGAI DEALER (A0675)


salam sejahtera semua.....................
Dengan ini saya merupakan "dealer" public gold (A0675) yang sah bermula 1 july 2010.
menjual/membeli jongkong & syiling emas public gold, public dinar & public jewellery mengikut 24 hours live spot,
kawasan selayang baru, gombak, kepong, batu caves & sewaktunye boleh menghubungi saya 0176627276 or m.hafdipublicgold@yahoo.com
thank you...........
To save your family, buy gold.
To help our nation, keep gold,
To follow your religion, use gold.