Saturday, July 31, 2010

Pelaburan Emas






















salam sejahtera........................................


terima kasih kerana membaca blog ini............



ini merupakan surat yang dikeluarkan oleh bank negara iaitu segala aktiviti yang melibatkan jual dan beli Emas di Malaysia adalah bebas dan tidak ada kena mengena dengan apa-apa akta melibatkan matawang


Saya hanya menjalankan aktiviti jual-beli EMAS menggunakan produk daripada Public Fine Gold International Sdn Bhd.

Ini juga buktinya bahawa EMAS keluaran Public Fine Gold International Sdn Bhd ialah syarikat yang pertama di Malaysia mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records dalam mengeluarkan jongkong EMAS khas untuk pelaburan di Malaysia.

SEKIAN.......................









.

Saturday, July 17, 2010

Jongkong Emas Public Gold & Dinar Emas (matawang islam masa depan)

Public Gold

faedah-faedah jongkong emas public gold

  • jongkong emas yang paling murah di Malaysia
  • perbezaan harga belian dan jualan yang rendah
  • anda akan memiliki emas fizikal
  • terdapat penempahan secara online selama 24 jam
  • anda boleh menempah harga emas tertentu
  • memberi jaminan membeli balik emas kami mengikut harga belian walaupun calar, dibuka sarungnya atau calar.
  • stok sentiasa ada
  • mempunyai sijil ketulenan emas yang sah
  • mempunyai cawangan di seluruh Malaysia
  • pengeluar gold bar tempatan pertaman yang mendapat pengiktirafan assayer yang berkelayakan
  • cantik (boleh dijadikan sebagai hadiah)

Public Dinar

Kelebihan Dinar Emas

  • emas mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang diseluruh dunia
  • dinar dan dirham adalah matawang islam yang sebenar
  • penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. Dinar mampu melindungi kekayaan anda
  • boleh digunakan sebagai bayaran mas kahwin
  • penggunaan dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat
  • harga emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan dinar

Friday, July 16, 2010

MENDULANG EMAS


harian metro 14/7/2010
amat mengejutkan 7 sekeluarga sanggup menghuni khemah demi kutip hasil RM29000 seminggu secara haram.
ini menunjukkan emas adalah satu logam yang amat berharga untuk dijadikan simpanan pelaburan jangka masa panjang dan juga masa pendek.
marilah kita semua beralih kepada emas kerana ia amat memberi pulangan yang amat lumayan
sesiapa yang ingin membeli emas, mengetahui rahsia emas, boleh hubungi saya 0176627276 or http://mykilauanemas.blogspot.com/ (lembah kelang,sungai buloh, gombak, selayang, rawang, kepong dan sewaktunye)
renung renungkan selamat beramal

Thursday, July 15, 2010

Photo
















Salam Sejahtera,
Ketika saya mula bergiat dalam perniagaan ini hampir setahun setengah yang lalu, ramai yang tertanya-tanya, mengapa emas?
Walaupun sebelum ini saya 'makan gaji' selama 20 tahun dan membuat berbagai perniagaan sampingan, tak pernah pun yang bertanya, mengapa produk ni, mengapa program tu dan sebagainya.
Tetapi berlainan bila mula bergiat dengan emas. Mungkinkah kerana emas begitu exclusive atau kerana risiko keselamatan? Okay, secara ringkasnya, Emas....

1) Emas ialah kekayaan yang sebenar.

Manusia memilih emas sebagai penyimpanan kekayaan kerana:
1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperolehi.

2) Harga sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Jadi jelaslah bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Beli emas dan simpan. Bila perlukan wang, jual atau gadai sementara.

3) Nilai wang kertas semakin jatuh dalam jangka masa panjang.

Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Ia adalah disebabkan wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang pada setiap tahun. Sebagai contoh, 20 tahun lepas, 20 sen boleh membeli sepinggan nasi lemak. 10 sen boleh membeli segelas air sirap tetapi sekarang nasi lemak paling kurang berharga RM1.50 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 700% selama 20 tahun.

Berbeza dengan nilai emas kerana nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar pada hari ini 10 Mac 2010 adalah lebih kurang RM560.00).
4) Aset yang terunggul.

Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.
5) Tidak boleh dimanipulasikan.

Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh orangramai.
mulai sekarang.
(petikan dari saudagardirham)

Duit Kertas & Elektronik

Jangan Simpan Duit Kertas Dan Elektronik
Salam Sejahtera,

Apa khabar? Maaf lama tak berkongsi di ruang ini. Kebetulan laptop meragam dan terpaksa dihantar ke kedai untuk baikpulih. Tiga hari tanpa laptop bagi kami yang bisnes online ni memang menyeksakan.
Bila dapat semula laptop semalam, dalam usaha meng'upload' semula pelbagai program dan maklumat, terjumpa pula email yang di terima pada bulan Jun 2008 yang lalu.
Agak misteri juga kerana nama penghantarnya tidak dapat di kesan lagi. Tak pasti akan kebenarannya, tetapi yang baik dibuat tauladan, yang tidak tepat, sila hantar komen untuk kita sama-sama mendapat maklumat yang betul.
Berikut adalah kandungan email tersebut:
"Aku tak baca detail sangat... tapi sejak jadi unit trust consultant ni... aku tahu satu teori yg disebut RULE 72. Org ekonomi tahu benda ni. Kalau nak tahu half value the money... guna rule ni bahagikan dengan inflasi rate. Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say... dlm masa 18 tahun lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50 18 tahun akan dtg.

Oleh itu, saving kita hendaklah cari yg dapat bagi return per year lebih besar drpd interest rate. Kalau saving dlm tbg haji 4.75% dgn interest rate 4%, dalam masa 18 tahun akan dtg, secara teori kita akan hanya ada keuntungan 0.75% shj.

OLEH itu juga simpan didalam instrumen yg bolh bagi return yg besar dan selamat.""pasal financial planning tu, kau kata duit boleh simpan sampai 2nd & 3rd generation. Aku ragu2 sikit sbb apa yg aku tahu, pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi).
Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930's. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk "FUTURE FASTFOWARD".

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku, ada org Malaysia yang byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia. Maknanya mereka memang well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank.

Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal "money creation" oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu).

Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis.
Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-

1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)
2. emas dan perak
Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank)
Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC "THE DEATH OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era "haus kerana tidak ada air" dan "bergelap kerana tiada minyak" menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, "Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?" Dia jawab, "no comment. You kena tanya menteri." Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.
Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. 'I don't keep money," macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti.
Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al-Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).

Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-
MD IMF, Rodrigo de Rato, "We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but for the world economy.
Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas "over time there is only one direction for the dollar to go - lower".
Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : "we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system."
Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, "we have a 75% chance of a crisis within 5 years".

Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulang lah.

Wallahualam.
So, kepada penghantar email, sila hubungi kami untuk diletakkan nama anda sebagai penulisnya. Dan memandangkan email ini diterima hampir 2 tahun yang lalu, mungkin ada beberapa fakta yang perlu ditambah, barangkali..
Itu saja perkongsian kali ini. Masih mengira untuk beli emas dan perak?
Jom beli Emas!!! Kerana...
Di Saudagar Emas, Kita Mengubah Cara Simpanan Untuk Masa Depan!

Monday, July 12, 2010

Ingin Simpan Emas Secara Halal???


Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Bagi peminat fizikal emas yang berhasrat membuat simpanan masa hadapan di dalam bentuk fizikal emas secara halal, Alhamadulillah kali ini mereka telah mempunyai jalan. Sebuah bank Islam dengan jayanya telah berjaya melancarkan Akaun simpanan dan pelaburan emas mereka yang telah juga disahkan dari sudut kontrak dan operasinya mematuhi hukum Shariah.

Akaun ini sesungguhnya boleh berfungsi sebagai simpanan untuk masa hadapan atau juga pelaburan di waktu memerlukan. Ia amat baik khususnya bagi mereka yang ingin menjauhkan diri dari masalah turun naik nilai matawang kertas. Namun begitu, perlu difahami, harga dan nilai emas juga boleh turun naik, cuma ia tidaklah sebegitu bermasalah seperti matawang kertas.
Kalau sebelum ini, mereka yang mengambil berat akan hukum Shariah, berada di dalam dilemma kerana hanya mempunyai pilihan akaun emas yang di punyai oleh Public Bank dan Maybank, yang mana kedua-duanya di bawah pengurusan konvensional tanpa kelulusan mana-mana majlis Shariah. Selain dari kedua-dua itu, hampir semua akaun dan pelaburan emas yang lain hanya dilaksanakan oleh syarikat persendirian yang sebahagiannya tidak dapat dipastikan tahap keselamatan dan kesahihan syarikat terbabit.

Saya telah menulis berkenaan akaun emas Public Bank & Maybank di sini .
Namun kali ini, saya kira, perbankan Islam di Malaysia melalui Kuwait Finance House telah dengan jayanya mengubat kekosongan tersebut. Melalui akaun terbabit, pelanggan boleh membeli emas fizikal, dan boleh menyimpan atau terus mengambil sendiri fizikal emas.

GAMBAR : Emas yang digunakan oleh KFH untuk akaun ini (layari laman web)

Perlu diingat, segala pertimbangan dan kira-kira untung rugi perlulah dikaji dan diambil kira sebelum membuka akaun ini. Tulisan saya hanyalah mencadangkan akaun apabila DI LIHAT DARI SUDUT HUKUM SHARIAH sahaja dan bukan dari sudut kebolehuntungan dan pertimbangan kira-kira kewangan, kerana di Malaysia, sebarang nasihat dalam hal kebolehuntungan produk kewangan dan sepertinya memerlukan individu terbabit mempunyai lesen khas perunding kewangan.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
12 Mei 2010

Hukum Akaun Pelabur Emas dI Bank Malaysia


oleh

Zaharuddin Abd Rahman
Soalan 1

Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:
Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.

Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?
Soalan 2

Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini. Dari maklumbalas yang diberikan ialah: Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal. Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual. Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan. Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan. Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.
JAWAPAN

Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.
Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-

Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.
Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-

• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.
Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.

• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.
Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf' (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).

• HALAL DAN SAH :
Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-
a. Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.
b. Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)

DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?
Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :

1- JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.
Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.

2- JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.
Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.
Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.

3- CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.
Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.
Mengapa 3 hari? ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.
4- PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram. Untuk kira-kira buka di sini.
Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.

Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.
KESIMPULAN

Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.
Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

22 Oktober 2008
23 Syawal 1429 H
Wales, UK

Sebagai Renungan

Terkini : Hukum ASB dan ASN
Oleh Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Hari ini saya menerima satu email yang mengandungi satu attachemnet surat dari Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia kepada Setiausaha, Majlis Penasihat Syariah salah sebuah Bank Islam di Malaysia berkenaan hukum Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).
Apa yang jelas, telah saya sebutkan sebelum ini berkali-kali, walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Namun kaedah dan implementasi ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia.
Tatkala itu, bolehlah dianggap terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan hukum ASB dan ASN antara dua badan pengeluar hukum yang terbesar di Malaysia. Bagi mereka yang ingin lebih berhati-hati dan menjamin tidak terjebak di dalam yang haram, kerana harta akan menjadi darah daging diri dan ahli keluarga. Saya menyarankan agar melihat dengan lebih teliti keahlian ahli-ahli fatwa dari kedua-dua badan terbabit.
Jika di tanya kepada pendapat peribadi saya, saya lebih cenderung kepada pendapat Majlis Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam hal ini setelah melihat kepada panduan yang diletakkan mereka bagi mengiktiraf sesebuah Amanah Saham yang patuh atau tidak patuh Syariah.

Anda mungkin berkata,
"SAYA TIDAK PEDULI, ASALKAN MAJLIS FATWA LULUSKAN, SAYA AKAN BERPEGANG DENGANNYA KERANA MEREKA YANG TANGGUNG DI AKHIRAT"

Ulasan saya, Allah swt memberikan kita aqal untuk memerhati dan meneliti pandangan kedua-dua badan besar ini setakat kemampuan yang ada, berfikirlah. JIia benar-benar setelah membaca hujjah kedua-dua pihak, lalu anda yakin dengan salah satu antaranya. Anda telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik. Namun jika, sambil malas dan ingin mengambil mudah, lalu terus berpegang dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, tanpa mengendahkan hujah Majlis SYariah Suruhanjaya Sekuriti. Tatkala itu, individu tersebut tidak berada dalam situasi yang sepatutnya.
Perlu difahami bahawa Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dianggotai oleh individu yang sememangnya specialist dan berpengalaman di dalam bidang muamalat dan kewangan Islam. Untuk melihat senarai ahlinya,

Berikut adalah salinan suratnya, saya telah memadam nama bank Islam yang ditujukan surat ini, kerana apa yang penting adalah isi kandungan surat.


Hasil daripada surat ini, Suruhanjaya Sekuriti kelihatan TIDAK MEMBENARKAN bank-bank Islam di Malaysia memberikan pembiayaan tunai kepada pelanggan yang ingin menyertai ASB dan ASN.
Berikut adalah tulisan-tulisan saya yang lalu berkenaan ASB dan ASN. Dan Kita masih mengharap pihak ASB dan ASN mengambil inisiatif lebih tulen untuk melayakkan mereka digelar patuh syariah oleh Majlis Syariah SC, Malaysia.
1) Perbincangan Hukum ASB
2) Tak Puas Hati Berkenaan Hukum ASB
3) Majlis Fatwa kata ASB Harus : Ulasan UZAR
Sejurus mereka mengubah kaedah pelaburan mereka dan diluluskan oleh Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Di ketka itu, semua artikel-artikel saya berkaitan ASB tidak lagi terpakai tentunya.
Sekian,
untuk maklumat lebih lanjut layari laman web tersebut
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
16 Feb 2009

Wednesday, July 7, 2010

Kenapa Melabur dalam Emas Fizikal????

10 Sebab Utama untuk Melabur dalam Emas Fizikal

1) Tiada pelaburan emas yang menawarkan harga pasaran sebenar emas.
2) Emas sering diperkatakan setiap hari.
3) Pelaburan emas adalah selamat.
4) Tiada sebarang krisis kewangan berlaku terutama penukaran wang US Dolar.
5) Emas didagangkan mengikut pasaran antarabangsa.
6) Pasaran emas adalah terkawal tanpa memperdulikan masalah politik semasa, peperangan mahupun bencana alam.
7) Tiada kerugian yang melampau seperti pasaran saham atau bon.
8) Emas adalah pelaburan yang boleh mengelakkan inflasi berlaku.
9) Emas sentiasa diminta hingga menyebabkan pemintaan yang tinggi.
10) Emas sudah diperkakui sejak turun temurun lagi.

Mengapa Emas????????????????/

Perbezaan antara asset:
Ada diantara pelabur yang mempunyai portfolio yang tinggi mempunyai asset kewangan yang tersendiri sejak turun temurun terutama pelaburan saham dan bon. Sebab utama pelaburan ini untuk mempertahankan dan mengawal sekiranya disalahgunakan pihak tertentu.
Dalam kontek portfolio pembangunan, pelaburan dilihat sebagai satu keperluan yang tidak mempunyai risiko yang tinggi berbanding asset dan ianya mempunyai pulangan dan tabungan pada setiap pelaburan yang dilakukan. Pada setiap definasinya, pelaburan mampu mengelak kerugian yang besar malah mampu mengubah keuntungan.
Definasi sebenar
Kunci definasi dalam bentuk pelaburan berkait rapat antara satu sama lain kerana setiap pelaburan yang dilakukan berhubung rapat berbeza dengan konteks pelaburan sahamdan bom dimana setiap pelabur perlu mencari pelabur untuk menjual pasaran barangan yang ada sama ada mampu mencatatkan keuntungan atau sebaliknya.
Definasi untuk mengurangkan risiko
Ramai pelabur beranggapan bahawa setiap pelaburan yang dilakukan tidak lari dari menghadapi satu-satu risiko termasuk pembelian saham atau bomn namun dengan pelaburan ini kesan risiko dalam pelaburan emas adalah kecil dan rendah. Setiap urusniaga yang dilakukan tercatat bagi mengelak sebarang kesan yang berlaku.
I. Emas – Harga Simpanan
Sebab utama pelabur melihat pelaburan emas yang mempuyai kelas yang tersendiri kerana ianya sentiasa bertahan pada harganya tidak mudah kerugian pada harganya biarpun menghadapi situasi pasaran. Melalui petikan pakar ekonomi, Stephen Harmston dari Penasihat Bannock dalam laporan Kewangan Emas Sedunia 1998 memetik.
“…Sekiranya terhadap kesan pada harga pasaran, harga pasaran emas tidak akan berubah dalam tempoh masa yang lama seperti mana yang berlaku terhadap pasaran komuniti yang sentiasa berubah-rubah dan pada dasarnya pasaran emas sudah membuktikan keberkesanan pada harga kawalan dan ianya adalah lebih selamat pada ekonomi dan mampu mengelak berlaku inflasi dan mengawal ekonomi semasa. Dalam tempoh masa yang panjang, ekuti saham mampu mengugat pertukaran pasaran saham asing sekaligus hubungan antara pasaran saham akan berubah tetapi tidak pada pelaburan emas kerana dalam tempoh bertahan itu mampu mencatatkan keuntungan yang berharga.”
II. Emas – Portfolio dalam Inflasi Sifar
Antara kesan utama adalah untuk mempertahankan pasaran dalam sektor kewangan terhadap asset yang didagangkan dan emas dilihat satu pasaran yang cukup ideal bagi mengelak berlaku inflasi.
Definasinya Kunci Pelaburan Emas
Aspek utama dalam perlaburan adalah ianya terkawal dari segi risiko dan mempunyai pulangan yang dijangkakan dan amat kuat setiap kali pelaburan dilakukan terhadap pasaran sedia ada.
Memperkenalkan kelas yang tersendiri dan setiap pelaburan yang dilakukan mempunyai asst dalam komoditi kerana pencaturannya amat berbeza dalam setiap pelaburan yang dilakukan kerana ianya berfungsi secara lebih radikal dan selamat.
Sebab pembelajaran yang tersendiri menunjukkan teknik definasi secara tradisional termasuk pembelian saham dan bon menunjukkan kerugianv dan ada sedikit keuntungan pada setiap kali ianya didagangkan dipasaran. Biarpun membuat pelaburan yang kecil dalam urusniaga emas namun keuntungan yang dicatakan agak memberangsangkan.
6 Sebab utama mengapa perlu melabur emas.
Mampu mengawal inflasi.
Mampu mengawal pegedaran matawang dolar.
Selamat setiap masa dalam pasaran semasa.
Sebagai pasaran komoditi ianya adalah pasaran yang bagus dan baik kerana mempunyai pulangan yang tinggi.
Penyimpan nilai.
Portfolio dalam mengelak berlaku inflasi.
III. Menutup berlakunya Inflasi
Pelaburan emas dirangka untuk menutup berlakunya inflasi kerana tahap konsistennya diperakui berkesan kerana harganya sentiasa naik kerana harga emas tidak memberi sebarang kesan sampingan sejak perang dunia musim kedua dan kesan inflasi di amerika Syarikat untuk tempoh lima tahun turut menunjukkan kenaikkan pada 1946, 1974, 1975, 1979, dan 1980. Dalam tempoh masa itu, stok pulangan antara 12.33%; pada pulangan asal emas adalah 130.4%.
Hari ini, bilangan factor untuk mewujudkan perbezaan amat banyak sekali termasuk polisi pelaburan, pemotongan cukai, tempoh masa yang panjang untuk mengesahkanya termasuk memotong harga pasaran minyak dunia.
Minyak, Inflasi dan Emas Harga pasaran minyak dan emas tidak sama antara satu sama lain hinggakan boleh menimbulkan pertanyaan mengenai harga pasaran minyak mampu memberi kesan terhadap harga emas kerana harga minyak sentiasa ada yang naik dan turun.Disini ada dua perbezaan kenaikkan harga pasaran emas yang berlaku pada1968. Kenaikkan harga pada 1972 dan 1974 turut melonjakkan kenaikkan sehingga 325%, antara US$2.44 kepada US$10.36. Dalam tempoh masa itu juga, harga emas turut sehingga 268% (pada suku tahun)(on a quarterly antara US$47.45 kepada US$174.76. Kenaikkan kedua pada harga berlaku pada 1978 dan 1980, apabila harga minyak naik sehingga 105%, dari US$12.70 ke US$26.00. dan masa yang sama, harga emas turut naik 254% dari US$178.33 ke US$631.40.
IV. Emas – antara pertukaran dollar
Emas dibeli dan dijual pada harga pasaran US, jadi tiada sebarang pertikaian mengenai harga berlaku sama ada naik atau sebaliknya.Matawang US Dollar adalah matawang yang kekal dan kenaikkan tidak begitu ketara dan ianya baik untuk simpanan dan pertukarannya boleh membuat perkiraan urusniaga komoditi.
V. Emas adalah selamat
Berdasarkan fakta bahawa Amerika Syarikat menggunakannya sebagai krisis komoditi dalam menggunakan sebagai pengawalan kuasa namun ia tidak memberi kesan yang kuat pada pasaran dunia termasuk memberi kesan pada pelabur pada satu-satu peringkat. Antara sebab utama adalah pada pasara emas tidak memberi kesan yang kuat namun begitu jika dilihat pada sistem perbankan agak ketara kesannya jika berlaku kesan ekonomi. Dan diharapkan dan juga amat penting pada pasaran dunia apabila kegagalan ekonomi global akan menjejaskan ekonomi dunia namun pelaburan emas masih lagi selamat.
VI. EMAS – bekalan dan pemintaan
Pertama, pemintaan agak ketara dan produkti emas sentiasa berubah, perak juga berubah dan secara puratanya ianya sentiasa berubah-ubah biarpun agak teruk untuk membuka pengurusan baru berasaskan pertukaran namun ianya dapat diselesaikan dalam satu tempoh masa yang cukup singkat seperti pengeluaran emas di Afrika Selatan sebagai pengeluar emas terbesar di dunia mencatatkan kejatuhan pada peringkat paling rendah pada 1931 dan kemudian terus tutup sehingga melantik Harmony Gold Mining Co dan berlaku kenaikkan pada harga emas setiap tahun selama 16 tahun lamanya.
Pemintaan yang meningkat terutama di China, India dimana India mencatatkan pengunaan emas yang paling banyak di dunia dan China mencatatkan pertumbuhan ekonomi dalam sejarah ekonomi paling moden dan kedua-dua negara melakukan liberalisasikan pada undang-undang untuk mengimport dan menjual emas.
China mengajar sesuatu yang baru dalam industri termasuk kenaikan ekonomi sehingga 9 % setahun dan akan menjadi negara kedua terbesar di dunia pada 2020 dibelakang Amerika Syarikat. Tahun lalu, Amerika Syarikat membelanjakan $162 billion lebihan dari barangan China berbanding barangan yang dibelanjakan China terhadap produk Amerika Syarikat dan perbezaan antara 25 % setiap tahun.

Gold Is Money


Global Currency

All of today currencies are fiat currencies. Fiat currency is defines as not represent anything tangible but are only worth something due to government decree (namely legal tender laws). In the book "Principles of Economics" written by N. Gregory mention that Fiat money, such as paper dollars, is money without intrinsic value: It would be worthless if it were not used as money."
"We have gold because we cannot trust Governments."
- President Herbert Hoover

On the other hand, gold are the currency which not created and controlled by governments. Gold was once the main currency in most of Europe, Asia and Americans for the past few thousand years which up to 1971. Gold which evolved independently as money in the word's main civilization due to the following reasons:
1. Rare
The amount of mined gold has increased only slowly, rarely more than 2% per year.
2. DurabilityGold won't rot, break, crumble, decay, corrode or tarnish. Gold is unaffected by air, water, and even most acids.
3. Compact
If all the gold ever mined were made into a single cube. Its edge would be 20 meters. Not quite enough to cover a single tennis court. (http:goldnews.bullionvault.com/node/259/print)
4. Divisibility
Easily reshape it, flatten it, and divide it into tiny pieces.

"The modern mind dislikes gold because it blurts out unpleasant truths."
- Joseph Schumpeter (1883 - 1950)

From 1934 to 1971, government currencies were backed by gold. This defined which at any time, you able to exchange a unit of any of the world's main government currencies for a prescribed amount of gold. For an example, you could exchange 35 US dollar for one ounce of gold. But in 1971, President Richard Nixon abandoned the Bretton Woods Agreement, devalued the dollar, raised the fixed price of gold fictitiously to $37.50, and slammed shut the gold window to stop an international run on the U.S. gold reserve. This is when the fiat currency started.

Examples of other fiat currencies include:
1. Chinese bark currency (notes printed on tree bark, as recorded by Marco Polo), 1260 - 1360. One of the earliest fiat currencies, ended in hyperinflation.
2. Banque Royale Notes in France, the ‘Mississippi system' (designed by John Law). Issued in 1716. Collapsed worth nothing by 1720.
3. Continental bills, printed by the US Congress during the American Revolution. Began issue in 1775, shrank to 1/40 of their original value by 1780. Hence the saying ‘not worth a Continental'.
4. Assignats in France during the French Revolution. Issued 1790-1796, collapsed to 1/600 of their original value by 1797.
5. Marks in Weimar Germany, after WWI. Issued from 1919 to 1924, collapsed to three trillionths of their original value. This was the currency that was carried in wheelbarrows towards the end.

Hence from an historical perspective, the only question is how quickly the US dollar loses value, not whether it will continue to lose value. Until the 1971, a US dollar was worth 1/35 of an ounce of gold. But right till today the gold is about 1/1000 of an ounce of gold (http://www.gold-eagle.com/editorials_04/evans061304.html)
Another example, in Vietnam, gold plays an important role in the purchase of a home. From the moment a buyer and seller agree on a price to the day the paperwork and sale are completed takes a month or longer. During this time, the value of the Vietnamese currency may have fallen sharply, as the current rate of currency depreciation in that country is very rapid. Accordingly, the buyer will arrange financing with a bank not in terms of the Vietnamese dong, but in gold, which holds its value in terms of purchasing power. This arrangement means the buyer will still have enough to pay the agreed price when the sale is consummated (responsiblegold.org).


About Gold

The Precious Metal Gold
“We have gold because we cannot trust Governments.” President Herbert Hoover

Gold Characteristic

Gold is a chemical element which can only be found and not manufactured. Gold is known for its rarity, softness, density and good in electrical conductivity. Until today, a total of 161,000 tonnes of gold have been mined in human history, as of 2009 (National Geographic: "The Real Price of Gold" by Brook Larmer). This is roughly equivalent to 5.175 billion troy ounces. The following are some gold's characteristic:
Chemical symbol: Au
Atomic no.: 79
Atomic weight: 196.967
Specific gravity: 19.32
Tensile strength: 11.9
Melting point: 1,063 degree
Hardness (Brinell): 25

Karat Gold Conversions

Karat is a measurement of the purity of gold in an alloy. Each karat represents a ratio of 1/24 ­purity, indicating how many parts out of 24 are pure. Therefore, 24 karat gold is pure, while 18 karat gold is ¾ gold and ¼ alloy (Dictionary of international trade: handbook of the global trade community by Edward G. Hinkelman). Below are some example common used in bullion: -
24-karat = 0.995 to 0.000 pure (fine) gold
22-karat = 0.916 pure (fine) gold
18-karat = 0.750 pure (fine) gold
14-karat = 0.583 pure (fine) gold
10-karat = 0.4167 pure (fine) gold

Source: The ABCs of Gold Investing "How to Protect and Build Your Wealth With Gold" Second Edition - Michael J. Kosares

Gold Weights and Measures

By tradition gold is quoted and traded in troy ounces, these having been adopted by the U.S. Mint for the regulation of coinage in 1828. Unlike 'normal' pounds and ounces there are 12 troy ounces to the troy pound rather than 16. But a troy pound weighs less than in imperial pound (0.82 British/US pounds).
Cutting through all that nonsense a troy ounce is approximately 0.031kg or 31 grams.
The following gives an approximate conversion between traditional and metric weights.

Troy Ounce Kilograms Grams
1 0.031104 31.104
12 0.37325 373.25
32.15 1.000 1000

Sources: (http://www.galmarley.com/framesets/fs_fundamental_properties_faqs.htm)

Tuesday, July 6, 2010

Keistimewaan Emas


salam sejahtera................


Pada 6000 tahun yang lalu. Orang-orang mesir telah menggunakan jongkong emas yang dicop nama firaun sebagai wang. Emas menjadi pilihan bagi semua manusia tidak kira, bangsa, agama, budaya dan negara mana yang mereka duduki ini kerana emas ialah penyimpan segala kekayaan.
Kenapa emas?????????
Kita tertanya kenapa emas menjadi pilihan sebagai penyimpan segala kekayaan. mari kita renungkan keistimewaan yang terdapat pada emas:
1. warna kuning emas yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. emas tidak boleh dibinasakan
3. boleh dibahagikan kepada unit yang kecik tanpa menjejaskan sedikit pun nilainya
4. ia sukar diperolehi dan ia tidak boleh di cipta ini kerana emas ialah anugerah yang diberi oleh
Tuhan untuk Umatnye.............
ini adalah antara kelebihan yang terdapat pada emas............
ok bagi memperjelaskan lagi kepentingannya mari kita kaji kelebihannya dengan lebih lanjut.........................................
Pada fikiran setiap manusia apabila seseorang itu mempunyai rumah banglo, kereta sport, dan duit yang banyak mereka sebenarnya yang paling kaya. Tetapi tidakkah anda semua fikirkan jika apabila berlaku kejadian bencana alam seperti tanah runtuh, banjir kilat, kebakaran dan sebagainya semua harta yang kita miliki akan musnah dengan sekelip mata.
Bagi yang mempunyai insuran harta benda mereka akan selamat tetapi bagaimana yang tidak memiliki insuran terhadap harta mereka. Nescaya akan timbul kekecewaan d idalam diri. Selain itu harta seperti kereta adalah merupakan barang yang susut nilai iaitu barang yang tidak mempunyai nilai selepas membelinya tetapi kepuasan akan diperolehi. Berapakah lamakah kepuasan yang kita akan dapati nescaya manusia tidak pernah puas dengan apa yang mereka kehendaki.
Bagi mereka yang mempunyai simpanan wang berbillion2 di dalam bank ataupun dibawah bantal, adakah anda pasti ia akan berkekalan?????????? ia mungkin akan berkekalan selagi negara kita masih mengiktiraf ringgit tetapi di negara yang lain wang negara kita adalah lebih rendah daripada mereka (maksudnya dengan nilaian $ 10 di malaysia bersamaan $ 3 di US).
Tetapi Emas adalah sebaliknya menurut kajian harga emas menunjukkan peningkatan dalam jangka masa yang panjang. Emas juga diiktiraf oleh semua negara. Harga emas boleh dilihat daripada laman web http://www.kitco.com/.
Sesiapa yang menyimpan kekayaan didalam bentuk emas anda tidak perlu risau mengenai risiko untuk kehilangan kekayaan. Jika sekalipun ia menjadi debu ia tetap bernilai. ini kerana emas tidak pernah luntur, nilainya tidak boleh dibinasakan, ia tidak boleh terbakar, reput dan sebagainya. Mungkin dari segi fizikal emas itu ia tercalar, bengkok, kemek dan sebagainya namun nilainya tidak boleh dibinasakan.
Oleh kerana itu emas menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul didunia.
Kesimpulan
Kelebihan emas
1. Tidak terbakar, reput, pudar dan sebagainya
2. Harga emas semakin meningkat
3. Ia tidak boleh dimanipulasikan
Kelemahan mata wang
1. Mudah terbakar, koyak dan sebagainya
2. Nilai matawang sentiasa jatuh dalam jangka masa panjang
3. Ia boleh dimanipulasikan
sekian..........................................
-

Monday, July 5, 2010

Pengalaman di Agrobank
















salam semua

Pada 5/7/2010 jam 11.30am

saya ke agrobank pasar borong kuala lumpur saja nak cuba pengalaman membuat pajak gadai. saya diarahkan naik tingkat satu kebetulan memang tiada orang pada masa itu. sayalah org pertama heheeheheh.

Saya diberi 3 borang untuk diisi. saya mengeluarkan 4 ketul gold bar seberat 20gram untuk diuji ketulenan emas tersebut.


Alhamdullilah semuanye adalah tulen hehehehe
dengan setiap 20gram dengan nilai marhum ialah RM 2520 saya mendapat pinjaman sebanyak RM 1760 setiap satu

Begitu mudah sekali tidak sampai satu jam saya telah mendapat tunai sebanyak RM 7040 untuk 4 gold bar seberat 20 gram setiap satu.

wang tersebut saya gunakan untuk membeli kijang emas.

kesimpulannya yg dapat sy buat ialah
1. gold bar keluaran public gold adalah diterima dan disahkan ketulenan oleh agrobank

Anda tidak perlu risau tentang ketulenan emas yang dikeluarkan oleh public gold

emas merupakan penyimpan kepada kekayaan anda
kerana ia tidak boleh dicipta, reput, busuk dan sebagainya

harga emas dari tahun ke tahun telah menunjukkan peningkatan lebih kurang 25% lebih tinggi dari simpanan asb

jika anda tidak percaya cubalah menyimpan emas

sesiapa yang ingin membeli emas boleh menghubungi saya

0176627276